Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas wanita simpanan kecam David Beckham, lagak sebagai mangsa keadaan

Oct 24, 2023 | 03:32 PM



Bekas wanita simpanan David Beckham, Rebecca Loos, menuduh mantan bintang bola sepak England itu berlagak seakan-akan beliau adalah mangsa keadaan ketika berbicara tentang hubungan sulit mereka yang didakwa berlaku sekitar 2004 dalam dokumentari Netflix Beckham yang sedang hangat diperkatakan.


Beckham, 48 tahun, serta isterinya yang juga pereka fesyen dan penyanyi England, Victoria Beckham, 49 tahun, berbicara tentang skandal tersebut dalam dokumentari yang dikeluarkan pada 4 Oktober lalu.

Dokumentari itu disenaraikan wadah penstriman Netflix sebagai rancangan televisyen Inggeris dengan tontonan paling digemari selama dua minggu berturut-turut.

Beckham menganggap cerita-cerita berkenaan skandal itu teruk dan mengatakan ia telah membuatnya “rasa sakit setiap hari”. Isterinya pula menyifatkan saga itu sebagai “tempoh paling sukar”.

Bagaimanapun, Loos, kini 47 tahun, yang tidak puas hati dengan pendedahan berkenaan telah membalas balik melalui akhbar British, The Mail, pada Ahad, dengan berkata:


“Sudah pastinya dia (Beckham) boleh cakap sesuka hati, dan saya faham dia perlu menjaga imejnya, tetapi dia memaparkan dirinya sebagai mangsa dan membuat saya kelihatan sebagai penipu, seolah-olah saya buat cerita pula. Dia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa saya yang membuat Victoria menderita.”

Loos, bekas model Belanda, yang pernah menjadi penolong peribadi Beckham, menjadi terkenal selepas beliau memberitahu tabloid British pada April 2004, News Of The World, bahawa mereka mempunyai hubungan sulit semasa di Sepanyol.


Ia dikatakan berlaku selepas Beckham berpindah dari kelab Liga Perdana England, Manchester United, ke kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, pada 2003.

Loos, kini sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dan mempunyai dua anak. Mereka tinggal di Norway, di mana beliau bekerja sebagai penolong perubatan.

Loos memberitahu The Mail bahawa cerita-cerita itu buruk tetapi benar.


“Dia (Beckham) yang sepatutnya bertanggungjawab atas penderitaan isterinya sebab dia yang membuat keputusan untuk membohonginya, dan berkata ‘Kita tidak perlu beritahu isteri saya (Victoria)‘. Dia yang membuat semua pilihan itu.”

Loos berkata Beckham hanya ingin merahsiakan kehidupan peribadi sendiri, tetapi dalam perkara lain telah mengelirukan orang ramai.

“Jika anda tidak mahu bertanggungjawab atas sesuatu kerana keluarga dan anak-anak anda, itu tidak mengapa. Jika beliau cakap waktu itu amat sukar buat mereka, saya tidak akan berada di sini hari ini,” tambah Loos.

“Namun, dia secara khusus membuatkan perkara itu seakan-akan adalah salah saya, dan dia tidak ada kena-mengena dengan perkara ini,” jelas Loos lagi.

Loos berkata beliau membuat keputusan untuk bersuara selepas dokumentari itu ditayangkan kerana enggan dicap sebagai pembohong yang mengada-adakan cerita.

“Saya juga mempunyai keluarga dan anak-anak. Mereka boleh Google,” katanya.

“Mereka juga menonton dokumentari dan saya mahu mereka tahu bahawa ibu mereka berani untuk menentang Beckham dan berkata benar,” tambahnya.

Loos berkata bahawa beliau menerima kesilapan yang beliau lakukan dan apabila difikirkan semula, menganggap ia sebagai “pengajaran terbaik yang beliau pelajari dalam hidup”.

“Perjalanan itu, kesilapan tersebut, semua yang saya pelajari telah membawa saya ke tempat saya sekarang,” tambahnya.

Beliau berkata beliau tidak akan menemui suaminya, seorang doktor Norway, Sven Christjar Skaiaa, jika beliau tidak turut serta dalam siri televisyen realiti selepas menjadi terkenal akibat hubungan sulit yang didakwa itu.

“Perkara yang berlaku ada sebab. Dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang menggembirakan bersama suami dan anak-anak saya,” katanya.

Di sebalik segalanya, pasangan suami dan isteri, ‘The Beckhams’, tidak memberi sebarang reaksi secara terbuka kepada dakwaan terkini Loos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >