Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bengkel rai bahan bahasa, budaya untuk kanak-kanak

May 8, 2025 | 5:30 AM
Asian Festival of Children’s Content, AFCC
Pesta Kandungan Kanak-Kanak Asia (AFCC) 2025 berlangsung dari 22 hingga 25 Mei.   - Foto FACEBOOK AFCC

Pesta Kandungan Kanak-Kanak Asia (AFCC) adalah festival tahunan yang mendorong dan menyokong penciptaan, perkembangan dan penghargaan cerita-cerita Asia yang bermutu untuk kanak-kanak dan orang dewasa muda.

Dianjurkan oleh Majlis Buku Singapura, program utama festival itu terdiri daripada pembentangan persidangan, panel, kelas pakar, bengkel dan ceramah, serta barisan program awam percuma.

AFCC 2025 meraikan tema ‘penemuan’ (discovery) dan akan meneroka kuasa emosi cerita-cerita Asia; mengupas isu dan topik yang dihadapi oleh buku kanak-kanak hari ini; serta menawarkan permainan imaginatif yang membangkitkan semua deria berbeza.

AFCC 2025 berlangsung dari 22 hingga 25 Mei.

Berikut antara program festival berkaitan bahasa dan budaya Melayu.

Bengkel: Cerita rakyat penuh harapan: Sentuhan kreatif untuk generasi baru

• Tarikh: 22 Mei 2025 (Khamis)

• Masa: 1.30 tengah hari hingga 3 petang

Dalam bengkel ini, peserta akan meneroka cara menulis semula cerita rakyat Melayu dengan sentuhan moden.

Melalui teknik penulisan yang kreatif, mereka akan belajar bagaimana mengekalkan ciri penting daripada cerita asal sambil mencipta versi yang segar dan menarik.

Bengkel: Menangani isu mencabar melalui penggunaan buku cerita bergambar

• Tarikh: 25 Mei 2025 (Ahad)

• Masa: 9.30 pagi hingga 11.00 pagi

Buku bergambar menyediakan pendekatan sesuai bagi orang dewasa untuk membantu kanak-kanak memahami emosi yang sukar dan mungkin mengubah kehidupan seperti kesedihan ekoran penyakit dan kematian.

Peserta akan membincangkan kaitan dan kesan cerita-cerita ini ke atas pembaca muda.

Mereka juga dapat mengembangkan setiap naratif menjadi kegiatan amali yang dapat memperkukuh mesej yang tidak ketara bagi memberi kekuatan serta kesembuhan.

Bengkel: Teroka kuih-muih tradisional Melayu melalui buku cerita

• Tarikh: 22 Mei (Khamis)

• Masa: 3.15 petang hingga 4.15 petang

Kanak-kanak hari ini lebih terdedah kepada pencuci mulut yang mudah dibeli dari kafe, kedai roti dan juga pasar raya.

Mereka bukan sahaja dapat mengenal pasti pencuci mulut seperti kek, kek cawan, donat dan jeli bahkan juga dapat berkongsi tentang rasa pencuci mulut tersebut.

Buku yang memaparkan kuih-muih Melayu memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah meneroka makanan tradisional itu.

Kanak-kanak akan dapat mengetahui dan mengenal pasti makanan tradisional ini kerana mereka mendapat peluang untuk meneroka bukan sahaja ciri-ciri fizikal, malah juga proses pembikinan kuih tradisional.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri pautan, https://afcc.com.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg