Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Bennifer’ dilanda krisis rumah tangga?

May 24, 2024 | 4:51 PM
Ben Affleck
Jennifer Lopez dan suami, Ben Affleck, masih enggan mengulas desas-desus yang menyatakan mereka kini sudah berpisah kerana krisis rumah tangga. - Foto REUTERS

Apabila diajukan dengan soalan sama ada benar beliau dan suaminya, pelakon dan pengarah Ben Affleck, sedang menghadapi krisis rumah tangga, dengan cepat penyanyi dan pelakon, Jennifer Lopez, menepis soalan itu.

Perkara itu berlaku ketika Lopez, 54 tahun, berada di Mexico bagi mempromosikan filem Netflix terbaru, Atlas.

Bintang jelita itu dikatakan menggerakkan tubuhnya ke depan sambil bertanya kepada wartawan yang mengajukan soalan itu: “Awak rasanya lebih tahu daripada saya tentang perkara ini.”

Menurut laman web, E! Entertainment, Lopez yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni pasti dapat menjangkakan soalan itu sedang desas-desus bertiup kencang bahawa ‘Bennifer’ (gabungan nama Ben dan Jennifer) dalam proses perpisahan.

Pasangan ini bertemu di set penggambaran filem, Gigli pada 2002. Filem itu tidak laku tetapi ia menyatukan mereka.

Mereka bertunang pada penghujung 2002 tetapi menunda perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada September 2003.

Kononnya, sorotan keterlaluan pihak media menyebabkan mereka terpaksa menunda majlis tersebut.

Namun, tup... tup... ‘Bennifer’ mengumumkan mereka sudah berpisah pada Januari 2004.

Bagaimanapun, sudah dikatakan jodoh. Pada 2021, mereka menyambung semula cinta yang terkandas.

Pasangan itu bertunang pada April 2022 dan berkahwin pada Julai 2022.

Bagaimanapun, dengan spekulasi mereka sedang mengalami masalah rumah tangga, Lopez dan Affleck, 51 tahun, masih enggan mengulas mengenainya.

Affleck dikatakan kini menetap di rumah lain dan bukan bersama isterinya itu.

Beliau juga tidak hadir di sesi pratonton Atlas dan acara fesyen amal, Met Gala, apabila Lopez menjadi pengerusi bersama.

Acara gilang-gemilang dalam dunia fesyen sedunia itu diadakan bagi mengumpul dana bagi Institut Kostum, Muzium Seni di Manhattan, New York.

Kalau jodoh tiada lagi bagi ‘Bennifer’, tak tahu nak kata apa...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg