Pengguna Berdaftar
Nak komen? Biar membina bukan menghina
Peminat, pemerhati industri hiburan tiada hak kecam penampilan artis meskipun mereka milik masyarakat
Oct 9, 2023 | 5:30 AM
RUPA DIKECAM: Penyanyi Liza Hanim (kiri) dikatakan tidak begitu menonjol disebabkan rupanya yang tidak secantik artis lain walaupun mempunyai bakat yang besar. - Foto INSTAGRAM LIZA HANIM
Secantik-cantik penyanyi dan pelakon Hollywood, Jennifer Lopez atau lebih mesra dengan panggilan JLo, beliau juga pernah menjadi mangsa kecam badan atau ‘body shaming’.
Dalam dokumentari yang menyusuri perjalanan seninya, Jennifer Lopez: Halftime di Netflix, JLo berkata beliau hampir meninggalkan dunia seni selepas dikecam kerana mempunyai tubuh yang seksi dan sedikit berisi.
Laporan berkaitan
Liza Hanim ‘sekolahkan’ warganet kecam paras rupanya faktor kurang popularSep 27, 2023 | 3:30 PM
Saya dah biasa diejek gemuk: Penyanyi Francissca PeterSep 29, 2023 | 9:16 AM

