Khamenei disahkan meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khamenei disahkan meninggal dunia

Mar 1, 2026 | 1:08 PM

Khamenei disahkan meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mayat pemimpin agama tertinggi Iran Ali Khamenei telah dijumpai, kata seorang pegawai kanan Israel kepada Reuters.
Mayat pemimpin agama tertinggi Iran Ali Khamenei telah dijumpai, kata seorang pegawai kanan Israel kepada Reuters. - Foto REUTERS

WASHINGTON/JERUSALEM/DUBAI/DOHA: Pemimpin agama tertinggi Iran, Ali Khamenei, terbunuh pada 28 Febuari, selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terbesar terhadap sasaran Iran dalam beberapa dekad, menurut media rasmi.

Kematian beliau diumumkan pada awal 1 Mac, dengan pemerintah Iran mengisytiharkan 40 hari berkabung dan tujuh hari cuti umum.

Seorang pegawai kanan Israel berkata mayatnya ditemui selepas serangan, manakala Presiden Amerika Encik Donald Trump berkata Washington bekerjasama rapat dengan Israel untuk menyasarkan pemimpin yang memerintah sejak 1989.

Iran menyifatkan serangan itu tidak berasas dan menyalahi undang-undang, lalu membalas dengan peluru berpandu ke arah Israel dan beberapa negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera Amerika.

Trump, yang sebelum ini berkempen sebagai “presiden keamanan”, berkata serangan itu bertujuan menamatkan ancaman nuklear Iran.

Dalam hantaran di Truth Social, beliau berkata pergerakan Khamenei dipantau rapi dan memberi amaran pengeboman “berat dan tepat sasaran” akan diteruskan sehingga matlamat keamanan tercapai.

Perdana Menteri Israel Encik Benjamin Netanyahu berkata kompleks kediaman Khamenei telah dimusnahkan.

Media rasmi Iran melaporkan beberapa anggota keluarga Khamenei turut terbunuh.

Tiga sumber berkata Menteri Pertahanan Iran Encik Amir Nasirzadeh dan Komander Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Encik Mohammed Pakpour juga maut.

Di bandar-bandar Iran, letupan mencetuskan huru-hara.

“Kami takut, anak-anak saya menggigil. Kami tiada tempat untuk pergi,” kata Minou, 32, dari Tabriz sambil menangis.

Iran memberi amaran Selat Hormuz telah ditutup, mencetuskan kebimbangan pasaran minyak dan pembatalan penerbangan di Timur Tengah.

Dalam sesi tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika dan Israel mempertahankan tindakan mereka, namun Iran menyifatkannya sebagai pencerobohan dan “jenayah perang”.

Duta Amerika Mike Waltz, merujuk kepada resolusi PBB yang sebelum ini diabaikan Tehran, berkata: “Masyarakat antarabangsa sekian lama menegaskan satu prinsip mudah dan perlu: Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.”

Utusan Iran, Encik Amir Saeid Iravani, berkata sesetengah anggota majlis berat sebelah dengan mengabaikan serangan Amerika dan Israel terhadap Iran, tetapi mengutuk Iran kerana mempertahankan diri di bawah Piagam PBB.

Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres memberi amaran tindakan ketenteraan di Timur Tengah berisiko mencetuskan akibat yang tidak terkawal.

Tentera Israel berkata 200 jet pejuang menyasarkan ratusan tapak termasuk sistem pertahanan dan peluru berpandu.

Sekolah rendah perempuan di Minab dilaporkan terkena serangan, mengorbankan 85 jiwa, menurut media Iran, namun Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Di Israel dan negara Teluk, siren berbunyi dan letupan kedengaran di Abu Dhabi serta Dubai.

Penduduk berlindung ketika peluru berpandu dilancarkan, menandakan ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu. - REUTERS, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg