Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dituduh bunuh adik di Boon Lay

Mar 14, 2025 | 10:58 AM
Abdul Rani Md Ariffin didakwa membunuh adiknya, Encik Abdul Rahman Mohamad Ariffin, pada 11 Mac di Blok 187 Boon Lay Avenue.
Abdul Rani Md Ariffin didakwa membunuh adiknya, Encik Abdul Rahman Mohamad Ariffin, pada 11 Mac di Blok 187 Boon Lay Avenue. - Foto SHIN MIN

Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada 13 Mac atas tuduhan membunuh adik lelakinya di sebuah flat Lembaga Perumahan (HDB) di Boon Lay.

Abdul Rani Md Ariffin, 58 tahun, dituduh membunuh Encik Abdul Rahman Mohamad Ariffin, 57 tahun, pada kira-kira 4 pagi pada 11 Mac di Blok 187 Boon Lay Avenue.

Pada 13 Mac, Abdul Rani hadir di mahkamah melalui pautan video.

Pihak pendakwaan meminta mahkamah membenarkan dia direman di Kompleks Perubatan Changi untuk pemeriksaan kesihatan.

Pihak pendakwaan juga memohon kebenaran untuk mendapatkan penilaian terhadap Abdul Rani di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menentukan sama ada terdapat sebarang isu kesihatan mental yang memberi kesan kepadanya apabila dia melakukan kesalahan yang didakwa itu.

Bercakap dalam bahasa Melayu, Abdul Rani berkata da memahami prosiding itu dan tidak ada apa-apa lagi hendak diperkatakannya.

Hakim membenarkan permohonan reman dan kesnya ditangguhkan ke 3 April. Abdul Rani berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan membunuh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg