Berwaspada apabila bergaya dengan kasut tumit tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berwaspada apabila bergaya dengan kasut tumit tinggi

Feb 16, 2026 | 1:32 PM

Berwaspada apabila bergaya dengan kasut tumit tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
high heels, inspo gaya
Pemakaian kasut tumit tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati dan bersederhana kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada tisu tapak kaki. - Foto fail

Kasut tumit tinggi kerap menjadi pilihan utama wanita untuk tampil lebih bergaya, anggun dan yakin.

Reka bentuknya yang moden dengan pelbagai warna menjadikan ia kelihatan menarik dipakai, terutama ketika menghadiri majlis rasmi atau ke tempat kerja.

Namun, di sebalik keindahan kasut tumit tinggi, terdapat pelbagai risiko kesihatan yang boleh menjejas tubuh pemakai jika digunakan secara berlebihan.

Antara kesan buruk utama pemakaian kasut tumit tinggi ialah masalah pada struktur badan.

Penggunaan kasut jenis itu dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan gaya diri tubuh tidak seimbang kerana berat badan tertumpu pada hujung kaki.

Ini boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian tumit, betis, pinggang dan juga tulang belakang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi juga lebih mudah mengalami masalah sendi, seperti lutut cepat haus atau mengalami radang.

Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut meningkatkan risiko kemalangan kecil seperti tergelincir, terseliuh atau terjatuh, lebih-lebih lagi apabila permukaan lantai licin atau tidak rata.

Ramai wanita mengalami kecederaan seperti buku lali terseliuh semasa berjalan ekoran masalah keseimbangan.

Hal tersebut boleh memberi kesan jangka panjang terhadap pergerakan seseorang jika tidak dirawat dengan baik.

Dari segi kesihatan jangka panjang pula, pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kecacatan bentuk kaki seperti tulang ibu jari kaki menonjol keluar atau lebih dikenali sebagai bunion – atau bengkak pada sendi pertama ibu jari kaki yang tersesar ke satu sisi.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada tisu tapak kaki (plantar fasciitis).

Walaupun kesan itu tidak berlaku serta-merta, ia boleh berkembang perlahan-lahan tanpa disedari.

Justeru, pemakaian kasut tumit tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati dan bersederhana.

Langkah pencegahan boleh diambil bagi mengurangkan risiko.

Antaranya ialah dengan mengehadkan tempoh pemakaian kasut tumit tinggi dalam sehari.

Selain itu, pilih kasut lebih selesa dan menyokong bentuk kaki, serta mengelakkan pemakaian kasut terlalu tinggi seperti lebih daripada empat inci (sekitar 10 sentimeter).

Pemakaian kasut lebih selesa seperti kasut bertumit rendah atau kasut rata turut digalakkan apabila melakukan kegiatan harian yang banyak berjalan atau berdiri lama.

Kesimpulannya, kasut tumit tinggi sememangnya menambah seri penampilan dan keyakinan seseorang.

Namun, pemakaiannya perlu dilakukan secara berhemah agar tidak menjejas kesihatan diri.

Kecantikan tidak seharusnya mengorbankan keselesaan dan keselamatan.

Oleh itu, setiap wanita harus bijak membuat pilihan demi kesihatan jangka panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg