Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Beto terkejut menang piala Aktor Filem Popular

Jul 26, 2023 | 02:22 PM



Kejayaan artis serba boleh, Beto Kusyairy, 43 tahun, meraih trofi Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 adalah perkara pelik dan di luar jangkaannya.

Kata Beto atau nama sebenar, NurKusyairy Zakuan Osman, 43 tahun, istilah ‘popular’ belum sesuai diberikan kepadanya berikutan jumlah pengikut di media sosial yang masih kurang daripada sejuta.

“Sejujurnya, saya rasa bukan berada di tempat sepatutnya dan pelik mengapa berjaya menerima trofi untuk kategori ini. Jumlah pengikut saya dalam media sosial tidaklah sampai sejuta, tetapi popular juga rupanya. Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini.

“Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kerana saya percaya ia membantu berada pada tahap ini,” katanya kepada Berita Harian Online.


Pada masa yang sama, Beto menyifatkan kejayaan diraih menerusi ABPBH 35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Istana Budaya, Jumaat lalu, memberi isyarat untuknya terus berusaha menjadi lebih baik.

“Saya semestinya bersyukur atas penerimaan dan undian peminat yang sentiasa menyokong karya saya. Malah, kemenangan ini juga menuntut saya terus berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap karya dijayakan pada masa akan datang.

“Saya hargai segala usaha peminat yang bersusah payah mengundi saya. Apa yang mereka buat memang sangat berharga buat saya. Saya tidak mengharapkan trofi anugerah ini, cuma apa yang dilakukan untuk menjaga hasil kerja sahaja. Dengan menjaga hasil kerja dan memberikan yang terbaik itulah cara saya menghargai peminat,” katanya.

Ditanya tip untuk terus kekal relevan dalam industri lakonan, Beto berkata, apa yang dilakukan adalah terus berusaha menjaga mutu dalam setiap projek yang dijayakan.

“Saya buat apa yang saya suka kerana lakonan adalah cinta saya dan tolak tepi segala perkara lain. Saya cuma mahu berikan yang terbaik. Selain itu, perkara lain saya tolak tepi sebab apa yang penting saya mahu berikan hasil kerja terbaik untuk diri sendiri dan penonton,” katanya.

Terdahulu, impak lakonan Beto dalam filem epik mega, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, menjadi antara faktor menyaksikan Beto meraih trofi berkenaan. Terbukti watak Wahid dilakonkan Beto dalam filem ‘box office’ itu memberi kesan sehingga mampu menewaskan bintang utamanya, Datuk Adi Putra, yang turut bersaing dalam kategori berkenaan.


Beto juga mengalahkan pencabar lain iaitu Fattah Amin, Zizan Razak dan Zul Ariffin.

Sebelum ini, melalui filem sama, Beto meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32.

Selain itu, penampilan Beto dalam filem terbaru, Imaginur bersama Diana Danielle yang ditayangkan Februari lalu, turut memberi kesan kepada sokongan peminat terhadap dirinya.


Beto yang mula berlakon filem pada 2007 pernah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem dalam Anugerah Skrin (ASK) pada 2015 menerusi filem Gila Baby.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >