Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Biar tua, asal pandai jaga diri: Halle Berry

Sep 04, 2023 | 05:30 AM



Pelakon jelita, Halle Berry, mungkin sudah mencecah usia 57 tahun pada 14 Ogos lalu.

Bagaimanapun, penuaan bukanlah sesuatu yang merisaukannya. Kalau pun dilanda ujian penyakit, Berry akan tetap pastikan dirinya ceria dan menikmati hari-hari yang indah bersama teman dan keluarganya.

Ini dikongsinya dalam satu sesi interaksi di Instagram Live baru-baru ini.

Kata pemenang Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Monster’s Ball itu:


“Saya semakin menua tetapi saya akan terus berjuang. Saya menerima penuaan ini sebagai satu lumrah kehidupan. Saya bergantung pada makanan sampingan. Kerana ingin pastikan saya tahu tentang perkembangan kesihatan, saya buat kerja sambilan sebagai Ketua Pegawai Komunikasi bagi syarikat probiotik, Pendulum, sesuatu yang amat saya sukai.

“Kerana sukakan produk mereka, saya sendiri menghubungi mereka untuk jadi sebahagian daripada gerakan kesihatan mereka. Probiotik yang merupakan bahan mikroorganisma yang membawa manfaat kesihatan adalah sebahagian besar daripada kehidupan saya. Saya menyesuaikan gaya hidup saya.

“Makanan sampingan ini membantu saya untuk menghadam makanan saya. Kadar gula dalam darah saya lebih baik. Saya kekal sihat dan terus berjuang pada 2023 ini. Saya banyak makan vitamin termasuk kalsium untuk tulang saya. Maklumlah kita semakin berusia.”

Menurutnya, beliau seperti farmasi yang menampung banyak ubatan dan makanan tambahan. Kerana masalah kencing manis yang dihadapinya, Berry mengelakkan daripada mengambil gula yang diproses.

“Tabiat sebegitu membantu saya bertahun lamanya. Apabila saya dilanda kencing manis, saya lebih peka tentang kesihatan saya dan membuat perubahan pada gaya hidup saya. Buat masa ini saya adalah versi diri saya yang terbaik sejauh ini.

“Ada banyak yang boleh saya berikan kepada masyarakat dan kaum wanita. Menua adalah pengalaman yang bernilai walaupun ramai yang takut meniti usia emas,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >