Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS INDONESIA

Bintang Indo meriahkan kampus sebagai pensyarah tamu

Jan 15, 2024 | 05:30 AM



Bayangkan jika pensyarah anda di kampus adalah pelakon atau penyanyi terkenal yang datang ke pekarangan universiti untuk program musiman.

Pastinya bagai dipanah rasa teruja kerana mengikuti perkembangannya dalam dunia muzik atau lakonan.

Ternyata, beberapa bintang Indonesia turut menggalas peranan penting mengajar di universiti sebagai pensyarah tamu dalam bidang pengkhususan masing-masing baik jurusan seni atau cabang lain, sebagaimana yang disenaraikan di laman web, Viva.Co.

Siapakah mereka dan apakah yang dikongsi dalam kuliah di kampus?

REZA RAHADIAN

Pelakon filem, Layangan Putus dan Habibie & Ainun ini mengakui rindu berkongsi ilmu dengan anak muda, mengenang pengalamannya menjadi pensyarah undangan di Universitas Indonesia.


Reza, 36 tahun, mengajar bagi satu penggal modul Teknik Olah Vokal dan Lakonan antara 2018 dengan 2019.

Ketua Program Pengajian Kejuruan Komunikasi di Universitas Indonesia, Dr Devie Rahmawati, berkata:

“Kehadiran Reza dan penggiat seni lain sebagai tenaga pengajar mewujudkan misi pendidikan kejuruan kami iaitu menghasilkan sumber daya insan yang memenuhi keperluan industri serta mampu bersaing dengan sumber daya manusia asing.”

Ternyata menerusi beberapa klip video yang dimuatnaikkan pada masa itu, pelajar wanita kelihatan teruja mendengar perkongsian pelakon kacak itu sehingga ramai yang berebut berada di barisan pertama dewan kuliah untuk dekat dengannya.

MARISSA HAQUE

Jelitawan yang merupakan ahli politik setelah meninggalkan kerjaya seninya sebagai pelakon ini memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Trisakti di Jakarta.

Marissa Haque kemudian mengambil ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Gadjah Mada sebelum meneruskan pemburuan ilmu Doktor Falsafah (PhD) dari Pusat Pengajian Sekitaran di Institut Pertanian Bogor.

Cintanya pada dunia pendidikan memang tidak dapat disangkal. Marissa, kini 61 tahun, mengajar di beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universitas Yarsi di Jakarta Pusat, Perbanas di Bekasi dan Universitas Trisakti.

Dengan gelaran, Dr Marissa, ibu dua anak hasil perkongsian hidup dengan pelakon dan penyanyi Ikang Fawzi, berkata:

“Sejak kecil, saya impikan dapat jadi profesor suatu hari nanti. Bidang pendidikan dekat dengan saya sebab ia memperluas ufuk pemikiran saya. Saya juga suka berkongsi ilmu dengan generasi muda.”

MAIA ESTIANTY

Mantan isteri penggubah lagu dan penyanyi rok Ahmad Dhani ini pernah menjadi pensyarah tamu di Universitas Indonesia pada 2016.

Beliau yang kini berusia 47 tahun mengajar modul Kepemimpinan untuk mahsiswa jurusan Komunikasi.

Maia, seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit yang pernah mengganggotai kumpulan Ratu, juga pernah menjadi pensyarah tamu yang mengendalikan kuliah dalam talian Zoom ketika Covid-19 melanda.

Beliau seronok berkongsi ilmu bersama mahasiswa Universitas Respati Yogyakarta.

“Walaupun di rumah sahaja, saya seronok mengajar anak muda modul Komunikasi Muzik, Penerbitan Ilmu Komunikasi di Fakulti Ilmu Sosial dan Ekonomi.

“Mujur ada teknologi memudahkan saya mengajar walau tidak bertemu pelajar secara bersemuka,” jelasnya dalam satu hantaran di Instagram.

DESY RATNASARI

Seorang lagi bintang Indonesia yang menyertai politik kini seronok mengajar psikologi di Universitas Atmajaya, Jakarta, sebagai pensyarah tamu.

“Apabila saya jadi pensyarah, ia akan membuat saya harus selalu baca. Dicabar benar dengan soalan mahasiswa yang mahu tahu bermacam perkara.

“Saya jujur menyatakan ada perkara saya tidak boleh jawab dan perlu jalankan kajian atau buat rujukan terlebih dahulu.

“Saya akan kembali dengan jawapan yang mereka inginkan pada pertemuan selanjutnya,” kongsi penyanyi lagu, Tenda Baru yang kini berusia 50 tahun.


Menurutnya, idea menjadi pensyarah itu diusulkan ibunya yang ingin tahu apa yang beliau lakukan setelah mengambil pengajian Psikologi Industri Pertubuhan di universiti dahulu.

Lantas, dikotakan hasrat ibunya dan langsung menjadi pensyarah tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >