Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raisa bawa lagu cinta kembali ke S’pura

Aug 3, 2023 | 5:30 AM
KEMBALI SELEPAS SEMBILAN TAHUN: Raisa Andriana akan melantunkan vokal merdunya dalam konsert ‘With Love Raisa’ pada 19 Ogos ini di Resorts World Sentosa (RWS).
KEMBALI SELEPAS SEMBILAN TAHUN: Raisa Andriana akan melantunkan vokal merdunya dalam konsert ‘With Love Raisa’ pada 19 Ogos ini di Resorts World Sentosa (RWS). - Foto RWS

Penyanyi Indonesia bersuara merdu dan berwajah jelita, Raisa Andriana, akan kembali ke Singapura selepas sembilan tahun bagi konsert solo berjudul With Love, Raisa pada 19 Ogos, mulai 8 malam.

Konsert ini akan diadakan di destinasi gaya hidup paling premium, Resorts World Sentosa (RWS) Singapore.

Pelantun lagu Jatuh Hati dan Kali Kedua itu mengimbas semula bagaimana kerjaya muziknya berkembang sejak konsert solo di The Star Theatre pada 2014. Beliau kini ingin menyentuh jiwa ribuan peminatnya di Singapura dan Indonesia dengan beberapa lagu baladanya yang disusun semula.

Konsert kali ini akan mempersembahkan senarai lagu kegemaran ramai daripada empat album studio, Raisa, Heart to Heart, Handmade dan It’s Personal, termasuk lagu yang berjaya menghiburkan peminat di merata Asia Tenggara.

Kata Raisa, 33 tahun, ibu seorang anak perempuan:

“Muzik saya menggambarkan banyak pemikiran dan pengalaman saya sepanjang kehidupan ini yang saya rasa dapat dikaitkan dalam kehidupan peminat saya. Lebih daripada segalanya, saya percaya muzik mencakupi pelbagai aspek cinta dan cebisan kehidupan dalam diri kita semua.

“Saya teruja untuk menyatukan ramai peminat dari Indonesia, Singapura, Malaysia dan negara lain di Ballroom RWS bagi menikmati persembahan yang pasukan saya sudah usahakan dengan gigih kerana ini menandakan kembalinya saya ke Singapura dalam acara yang istimewa. Saya berharap kembalinya saya di negara ini adalah peluang bagi saya berhubung akrab dengan peminat dan berkongsi rasa beramai-ramai secara harmoni.”

Raisa, isteri pengacara dan pelakon Hamish Daud, 43 tahun, akan menyampaikan beberapa lagu hit yang tepat menggambarkan rasa sentimental cinta seperti Serba Salah, Apalah (Arti Menunggu), Kali Kedua, Bahasa Kalbu dan Jatuh Hati.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pengalaman RWS, Encik Chang Chee Pey, menambah:

“Di RWS, kami sentiasa ingin memberikan pengalaman terbaik buat tetamu kami di resort bersepadu. Kami menetapkan matlamat mengetengahkan barisan artis handalan antarabangsa dalam kalendar sepanjang tahun yang padat terisi dengan kegiatan gaya hidup.

“Kami juga teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Raisa semula ke Singapura selepas konsert solonya pada 2014 dan kami menantikan konsert gempak yang mampu resap dalam jiwa anda.”

Sehingga 19 Ogos ini, penonton konsert With Love, Raisa berpeluang menikmati pakej hotel dua hari satu malam yang turut disertakan dengan sepasang tiket konsert dan sarapan buat dua orang dengan harga bermula $497.

Tiket berharga $68, $88, $138, $188 dan $228 boleh ditempah menerusi laman https://www.rwsentosa.com/en/events/withloveraisa-concert.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg