Pengguna Berdaftar
‘Bisikan Syahdu’ selami kisah ekspatriat di Jeddah
Telefilem Hari Raya Haji perjelas proses ‘badal (upah) haji’ sambil terap isu ‘Tanggang Moden’
Jun 15, 2024 | 5:30 AM
Setiap kali penerbit eksekutif, Nusaibah Abdul Rahim, melancong ke luar negara, setiap kali itu, beliau bawa pulang oleh-oleh berupa idea untuk dijadikan bahan penceritaan untuk projek drama atau telefilem yang diusahakannya.
Pada 2023, sewaktu mengerjakan umrah, Nusaibah, 41 tahun, yang menerajui syarikat penerbitan setempat, Poetry In Motion, turut meraih ilham bagi telefilem Hari Raya Haji, setelah bertemu dengan seorang teman yang sudah bermastautin di Arab Saudi.
Laporan berkaitan
Telefilem pengorbanan turut buka kisah korban penipuanJun 28, 2023 | 2:50 PM
Tiada kasih sayang ibu bukan hambatan Deanna Manto tekad jadi ibu inspirasiMay 17, 2024 | 3:42 PM

