Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Blondie tolak lagu ‘For Your Eyes Only’, Sheena Easton catat populariti

Oct 02, 2023 | 05:40 PM



Apabila vokalis kumpulan rok Blondie Debbie Harry menolak tawaran menyanyikan lagu runut bunyi filem James Bond, For Your Eyes Only, ternyata ia rezeki buat penyanyi Scotland Sheena Easton.


Lagi itu menaikkan nama Easton di persada muzik antarabangsa.

Easton, kini 64 tahun, satu-satunya artis yang menyanyikan lagu tema pada kredit pembuka tirai filem James Bond. Ini diperkenal kerana pelakar ilustrasi kredit filem Maurice Binder suka penampilan wajah jelita Easton, lantas menambah videonya itu pada kredit tersebut.

Apa sebabnya Harry, kini 78 tahun, tidak suka lagu itu? Beliau tidak gemar lagu dengan lirik yang memberi gambaran wanita begitu mudah menyerah kalah pada kehendak lelaki. Baginya, lirik tersebut tidak sesuai dengan prinsip peribadinya itu.

Harry dan gitarisnya, Chris Stein, kini 73 tahun, mencipta lagu mereka sendiri bagi filem For Your Eyes Only tetapi ia tidak diterima penerbit Albert Broccoli.


Broccoli kemudian meminta Easton menyanyikan lagu asal yang dicipta Bill Conti dan Mick Leeson itu.

Blondie pula menggunakan lagu yang ditolak itu bagi album 1982 mereka, The Hunter.


Frasa For Your Eyes Only, secara umum, merujuk kepada dokumen rahsia yang hanya boleh ditatap si penerima.


Namun dalam konteks filem ini, seorang wanita sanggup melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan jejaka yang dicintainya, iaitu James Bond. Wanita itu hanya bersedia berbicara apabila berdepan dengan Bond.

Lagu itu dicalonkan bagi Anugerah Academy 1981 dalam kategori Muzik Terbaik (Lagu Ciptaan Sendiri). Walaupun tidak menang, kejayaan Easton di Amerika tahun itu membolehkannya membawa pulang Anugerah Grammy bagi Artis Baru Terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >