Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Skyfall’ buat Adele tertekan, Daniel Craig nangis

Oct 02, 2023 | 05:30 AM



Rasa bimbang dan gelisah memenuhi benak komposer dan penyanyi terkenal Adele apabila diminta mencipta runut bunyi (OST) filem James Bond Skyfall.


Sebabnya, beliau rasa tertekan dan khuatir jika cita rasanya dalam muzik lagu cinta tidak menepati kriteria penerbit filem Skyfall.


Adele bekerjasama dengan penerbit dan penulis lirik bersama lagu Rolling In The Deep, Paul Epworth, yang membantunya menjana irama lagu Skyfall dan kata-kata puitis yang menusuk jiwa.


“Saya teragak-agak juga untuk melibatkan diri dalam lagu tema Skyfall. Orang ramai biasanya akan menumpukan perhatian pada runut bunyi filem hingga menimbulkan tekanan kepada penggubah lagu.


“Tapi saya jatuh hati pada skrip filem Skyfall. Paul mempunyai beberapa idea hebat bagi keratan lagu ini. Lantaran itu, tak masuk akal jika saya tidak menerima tawaran mencipta lagu Skyfall,” ujar Adele, 35 tahun.


Adele berkata beliau begitu seronok menghasilkan lirik lagu itu. Ia sesuatu yang tidak pernah beliau eksperimen.

“Tempoh paling membanggakan buat saya ialah ketika kami merakam irama alat muzik tali bagi lagu itu. Saya bayangkan suatu ketika apabila saya berusia 60 tahun. Saya akan menyikat rambut saya dan boleh menyatakan, saya pernah menjadi ‘Gadis Bond’ suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Naratif filem Skyfall menjadi sandaran Adele apabila mencipta runut bunyinya. Secara umum, filem ini mengisahkan hubungan Bond dengan Britain dan senapang M16. Ditambah dengan sisipan lirik romantis, lagu Skyfall menjadi lebih menarik.


Orkestra seramai 77 pemuzik mengiringi persembahan Adele. Lagu itu kemudian disusun semula komposer Amerika dan konduktor J. A.C. Redford, yang juga menyusun semula runut bunyi filem, The Help dan Wall-E.


Penerbit Skyfall, Barbara Broccoli, memberitahu majalah People Adele membaca keseluruhan skrip filem itu sebelum benar-benar menjana lagu tema yang bermutu.


“Tidak mengapa jika Adele mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu tema Skyfall. Kami tidak kisah menunggu sebab hasilnya sangat baik,” kata Broccoli.


Pelakon James Bond, Daniel Craig, 55 tahun, memberitahu laman Yahoo beliau tersentuh apabila lagu tema itu diputar untuk beliau dengar.


“Saya menangis. Dari permulaan lagu itu saya tahu inilah yang saya mahukan dalam lagu James Bond. Apabila lagu itu beredar hingga ke penghujungnya, saya tahu memang lagu ini sangat sesuai,” kata Craig.

Pengarah Sam Mendes juga memberitahu laman Yahoo Adele serba salah dan tidak tahu bagaimana beliau harus bikin lagu francais filem James Bond.


“Sejak awal Adele sudah lahirkan keprihatinannya sebab beliau sering bikin lagu cerita cinta peribadi yang dapat dikaitkan dengan diri pendengar. Jadi, lagu Bond... apakah boleh gunakan formula lagu cinta yang sama? Saya hanya memberitahunya, teruskan sahaja buat lagu yang ada kena-mengena dengan kisah peribadinya seperti biasa.


“Tengoklah lagu Carly Simon, Nobody Does It Better, bagi The Spy Who Loved Me. Ia juga lagu cinta biasa yang menusuk ke kalbu,” ujar Mendes.


Lagu Skyfall menduduki tangga tertinggi carta di sekurang-kurangnya 15 negara, termasuk Perancis, Jerman, Italy, Belanda, Poland dan Korea Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >