Bront Palarae keluar dari ‘cengkaman’ filem hantu, pikul amanah askar pejuang
Pengguna Berdaftar
Bront Palarae keluar dari ‘cengkaman’ filem hantu, pikul amanah askar pejuang
Aug 27, 2023 | 5:30 AM
KEWIBAWAAN TENTERA MELAYU: Bront Palarae (kanan) yang kebiasaannya dilamar bagi projek filem seram terharu dapat menjayakan filem Malbatt: Misi Bakara yang bersandarkan kisah sebenar askar Malaysia menyumbang pada medan antarabangsa di Somalia. Bersamanya ialah Tony Eusoff. - Foto GOLDEN VILLAGE
Filem seram seperti Jwanita, Dukun, Pengabdi Setan dan Harum Malam sudah dijayakan pelakon serba boleh dan berkarisma, Bront Palarae, atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin.
Justeru, apabila ditawarkan watak sebagai Mejar Adnan dalam filem Malbatt: Misi Bakara, yang diinspirasikan daripada tokoh tentera sebenar, Allahyarham Mejar (Bersara) Abdul Aziz, yang menerajui Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bront, 44 tahun, begitu teruja dilibatkan sama dalam filem patriotik ini.
Laporan berkaitan
Hairul Azreen rasa disayangi bila umum persaraan awal Aug 24, 2023 | 4:11 PM
Perang emosi demi misi menyelamat di SomaliaAug 17, 2023 | 2:41 PM

