Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bruno Mars batal konsert di Tel Aviv

Oct 11, 2023 | 4:46 PM
BATAL KONSERT: Penyanyi Amerika Syarikat, Bruno Mars, membatalkan konsert hari keduanya di Tel Aviv.
BATAL KONSERT: Penyanyi Amerika Syarikat, Bruno Mars, membatalkan konsert hari keduanya di Tel Aviv. - Foto ZAOBAO

BAITULMAKDIS: Penyanyi popular, Bruno Mars membatalkan konsert hari keduanya di Tel Aviv setelah Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengisytiharkan negara itu dalam peperangan.

Penyanyi dan pencipta lagu dari Amerika Syarikat itu sepatutnya mengadakan konsert tersebut pada 7 Oktober lalu selepas konsert hari pertama yang berlangsung pada 4 Oktober di Hayarkon Park, Tel Aviv.

Tiket untuk kedua-dua hari laris dijual.

Pengumuman itu dibuat penganjur Live Nation Israel menerusi Instagram rasmi mereka dalam bahasa Ibrani.

“Dimaklumkan bahawa persembahan Bruno Mars yang sepatutnya berlangsung pada malam ini dibatalkan. Penebusan dan ganti rugi tiket akan diperbolehkan,” tulis kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Dalam hantaran yang sama, penganjur mendoakan kedamaian dan ketenangan penduduk di sana serta buat keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi kerana peperangan.

Mars dimaklumkan telah meninggalkan Lapangan Terbang Ben Gurion bersama 60 kru lain pada Ahad lalu sekitar 2 petang. Beliau terbang ke Athena sebelum ke Qatar bagi menyambung konsert jelajahnya.

Pada Sabtu, Hamas memulakan operasi Taufan Al-Aqsa iaitu serangan mengejut oleh Briged Al-Qassam dan Al-Quds.

Kira-kira 5,000 roket dilancarkan ke Israel selain menyusup masuk ke beberapa daerah di negara itu yang menempatkan penempatan haram rakyat rejim tersebut.

Israel pula melancarkan Operasi Pedang Besi dengan serangan dari pelbagai arah yang kebanyakannya menyasarkan penempatan awam di Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg