Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buah hati selebriti Barat

Mar 11, 2024 | 5:30 AM
Kucing pelakon, Kate Beckinsale, kelihatan memakai baju tidur.
Kucing pelakon, Kate Beckinsale, kelihatan memakai baju tidur. - Foto INSTAGRAM KATE BECKINSALE
Penyanyi Taylor Swift mempunyai tiga ekor kucing dan akan membawa mereka ke mana sahaja beliau pergi.
Penyanyi Taylor Swift mempunyai tiga ekor kucing dan akan membawa mereka ke mana sahaja beliau pergi. - Foto INSTAGRAM TAYLOR SWIFT
Pelakon Cameron Diaz suka menghiasi kucingnya dengan pakaian kucing mewah. 
Pelakon Cameron Diaz suka menghiasi kucingnya dengan pakaian kucing mewah.  - Foto INSTAGRAM CAMERON DIAZ
Pelakon, Drew Barrymore, pernah menyelamatkan kucing pada 2018 dan menjaganya.
Pelakon, Drew Barrymore, pernah menyelamatkan kucing pada 2018 dan menjaganya. -
Pelakon Amerika Syarikat, Mark Ruffalo, terkenal sebagai pencinta kucing dan memiliki lima ekor kucing.
Pelakon Amerika Syarikat, Mark Ruffalo, terkenal sebagai pencinta kucing dan memiliki lima ekor kucing. - Foto INSTAGRAM MARK RUFFALO

Si kucing comel adalah segala-galanya buat pemiliknya. Mereka gemar memeluk kucing kesayangan dan boleh tertidur apabila mendengar si comel lote mengiau manja. Pada setiap kesempatan, mereka akan bermain bersama.

Sesiapa sahaja – sama ada orang biasa atau golongan kaya dan terkenal – diketahui gemar memuat naik gambar kucing kesayangan mereka di laman media sosial.

Malah, ada kucing menikmati bayaran yang tinggi untuk dipaparkan di laman media sosial.

Yuk lihat selebriti mana yang memelihara kucing.

Taylor Swift

Penyanyi popular ini memiliki tiga ekor kucing, Tay-Tay iaitu nama panggilan Swift dalam kalangan peminat, memiliki dua ekor kucing dengan baka Scottish Folds bernama Meredith Grey (daripada rancangan hit, Grey’s Anatomy) dan Olivia Benson (daripada rancangan hit, Law and Order).

Beliau juga mempunyai seekor lagi kucing dengan baka, Ragdoll, yang dipanggil Benjamin Button. Tay-Tay membawa kucing-kucingnya itu ke mana sahaja beliau pergi. Jangan terkejut, Olivia bernilai AS$97 juta ($130 juta) bagi kerja komersialnya.

Drew Barrymore

Pelakon Hollywood ini memang sukakan kucing. Pada 2018, beliau telah menyelamatkan dan menjaga tiga kucing betina, dua kucing itu adalah untuk anak perempuan kecilnya dan seekor lagi untuk Drew sendiri.

Kucing-kucing tersebut dinamakan Lucky, Peach, dan Fern. Drew memang memberi sumbangan dan sokongan kepada haiwan yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Cameron Diaz

Pelakon tinggi lampai ini memang mencintai kucing dan telah menamakan kucing comelnya, Little Man.

Little Man berwarna putih dan Diaz suka menghiasi kucingnya dengan pakaian kucing mewah.

Kucingnya turut ikut Diaz pergi membeli-belah lapor laman web, Catster.com.

Kate Beckinsale

Pelakon asal Britain lulusan Oxford ini mempunyai seekor kucing, Willow, di mana beliau sering memuat naik gambarnya di laman media sosial.

Sebelum ini, Kate juga mempunyai kucing Parsi, Clive, yang telah mati pada 2023. Kate suka mendandan kucingnya, Willow, dengan pelbagai busana.

Mark Ruffalo

Pelakon Amerika Syarikat ini terkenal sebagai pencinta kucing dan memiliki lima ekor kucing.

Nama mereka adalah Biscotti, Inky, Felix, Magnus, dan Hansel.

Anak perempuan Mark mengambil gambar Mark bersama kucingnya dan memuat naik gambar tersebut di Instagram.

Anda boleh melihat Mark terpegun dengan kucing-kucingnya menerusi gambar tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg