Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kebajikan terabai, kucing di kafe haiwan ditempatkan semula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebajikan terabai, kucing di kafe haiwan ditempatkan semula

Mar 01, 2024 | 08:59 PM



Siasatan sedang dijalankan ke atas kafe kucing di Geylang susulan dakwaan berlakunya kes penderaan haiwan dalam premisnya.

Menukil laporan The Straits Times (ST), Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) dimaklumkan tentang dakwaan bersangkutan kafe I Love Cat Cafe pada 27 Februari.


AVS kemudian mendapati kafe tersebut tidak mempunyai lesen pameran haiwan.

Pengarah kumpulan AVS, Cik Jessica Kwok, berkata peraturan memerlukan semua kafe kucing yang menawarkan interaksi dengan haiwan untuk mendapatkan lesen sedemikian.

Lesen tersebut diberikan hanya selepas pemilik perniagaan memenuhi syarat tertentu – termasuk memberikan vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan mandatori – tambahnya.

Ini susulan video di TikTok oleh pengguna zigzagzooey pada 23 Februari dan tular di media sosial.

Antara lain, video tersebut memaparkan sebahagian besar kucing di kafe itu kelihatan kurus dan murung.

Kafe itu juga kelihatan kotor dengan serangga berkeliaran. Sejauh ini, video tersebut menarik lebih 300,000 tontonan.




@zigzagzooey

this cat cafe beats their cats, keep food and water locked, cats are bone skinny and flinch when touched. pls pls pls do your research before supporting any businesses that deals with other animals. don’t go blindly bc the cats look cute or the place looks aesthetic. check the one star reviews as businesses can get customers to leave good reviews in exchange for discounts/ freebies. there are better pet cafes that care for the wellbeing of their animals out there. ✅ update 24/2/24: multiple 5 star google reviews left within the past 1 hour? we visited around 7.30pm on a weekday, so could be cats were overstimulated and tired after interacting with previous customers. but this doesn’t mean the conditions are ok! you can help animal neglect/ cruelty cases by: - research before visiting animal cafes - file a report to SPCA ✅ update 28/2/24 - i love cat cafe has responded by saying "that the place is not a cat interaction business thus is it for fostering" - "This place is for rehoming of kittens and abondoned cats. We aim to improve their lives by helping them find a new family." - nowhere is this stated on their bio or website that they rescue cats - if it is not a cat interaction business, why would you call yourself I Love Cat Cafe? - did not address the poor conditions + staff beating cats? #catcafesg #sgfyp🇸🇬 #sgfyp #catcafe #sgcatlovers #catsofsingapore #sgplaces #animalwelfare

♬ original sound - zooey 🧿 - zooey 🧿



Hal itu kemudian dibawa kepada perhatian Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA), yang kemudian mengunjungi kafe tersebut untuk menilai keadaan sebenar.

SPCA pada 26 Februari, sebagai ditukil oleh ST, menyatakan lebih separuh daripada tujuh kucing keseluruhan kelihatan kurus.

Ia menambah lima daripada kucing tersebut dibiarkan bebas berkeliaran manakala dua lagi berkongsi satu sangkar.

Sangkar tersebut tidak ada sumber air di dalamnya dan tempat buang najis dipenuhi dengan najis.

Tambahan juga, ruang berkeliaran bagi kelima-lima kucing bebas itu tidak mencukupi kerana ia berkongsi tiga tempat najis dan hanya satu tempat air.

Ini selain pengudaraan terhad dengan hanya satu kipas, tanpa mana-mana bukaan bagi aliran udara apabila kafe ditutup setiap hari.

Justeru, SPCA menganggap perkara ini sebagai satu pengabaian haiwan – iaitu kegagalan memenuhi keperluan asas bagi haiwan sekaligus melanggar piawaian kebajikan haiwan.

SPCA dan penyelamat bebas membuat lawatan susulan ke kafe itu pada 27 Februari, dengan enam daripada kucing diselamatkan oleh penyelamat itu.

Ini termasuk dua kucing yang dikenal pasti berada dalam keadaan tidak baik dan memerlukan perhatian doktor haiwan segera.

SPCA memutuskan agar pemilik kafe itu menempatkan semula baki kucing.

Sebagai respons kepada pertanyaan ST, pada 28 Februari pemilik kafe itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Tan, menyatakan baki kucing telah ditempatkan semula.

Beliau menjelaskan bahawa kafe itu – yang telah dibuka selama kira-kira enam bulan – ditubuhkan dengan matlamat untuk menempatkan semula kucing.

Encik Tan telah mengambil kucing daripada individu yang sebelum ini melepaskan kucing tersebut dan menggalakkan pelanggan untuk pelihara kucing sedemikian.

Bagaimanapun, beliau menyedari beliau tidak mempunyai tenaga kerja atau kepakaran untuk menjalankan operasi sedemikian.

Beliau dikatakan telah merancang untuk mempercepatkan penempatan semula kucing-kucing dan menutup kedai untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Encik Tan berkata: “Kami berterima kasih atas bantuan dalam menempatkan semula semua kucing.

“Daripada episod ini, saya sedar kadangkala kami tidak tahu sejauh mana tanggungjawab yang terkait dengan menjaga dan menempatkan semula kucing.”

AVS menjelaskan kafe kucing juga mesti membenarkan haiwan mempunyai rehat yang mencukupi antara sesi interaksi dan memastikan ia ditempatkan dengan betul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >