Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bukan main-main, M. Nasir masuk gelanggang e-sukan

Aug 03, 2022 | 06:20 AM



PENYANYI dan komposer tersohor, Datuk M. Nasir, baru-baru ini menjadi bualan peminat e-sukan apabila namanya dikaitkan dengan pasukan RSG MY, yang memuat naik gambar di akaun media sosial mereka pada malam 28 Julai lalu.



Menurut Pengurus Komuniti RSG MY, Mohamad Zawir Zakari, perkara itu bukan satu bahan jenaka, atau prank, semata-mata.



Sebaliknya, ia berita sah betul - sifu M. Nasir bakal berganding dengan kumpulan pasukan e-sukan itu.



"Memang kita mendaftarkan M. Nasir sebagai pemain. Selain itu, beliau juga berperanan untuk memberi motivasi kepada pemain-pemain lain.



"Ini memang bukan prank," kata Zawir kepada Arena Metro kelmarin.



Beliau menambah bahawa mereka memang sudah lama berbincang dengan legenda muzik itu dan baru sekarang mereka boleh mengumumkan secara rasmi mengenai perkara itu di media sosial mereka.



"Memang sudah lama rancang tapi pengumuman ini memang baru lagi. Lagipun akan ada pengumuman senarai pemain petang ini, iaitu siapa yang bakal beraksi di MPL MY musim ke-10," katanya.



Nama M. Nasir tular dalam kalangan penggiat sukan talian itu lewat minggu lepas apabila RSG MY memuat naik gambar berbentuk kad permainan sifu itu siap memakai jersi pasukan mereka.



Pada lampiran kad itu tertulis, "Mentera Semerah Padi. Seorang legenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) RSG dengan IGN Sifu!



"Selamat datang kepada salah seorang pemain flex role kami Datuk M. Nasir," kata RSG MY, yang muncul juara MPL MY musim ketujuh selepas menumpaskan Todak 4-2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >