Ayuh Ayah Ibu, Pimpinlah Anakmu
Menggunakan kisah benar, contoh dan strategi praktikal, buku ini mengingatkan ibu bapa tentang kemampuan mereka untuk memimpin anak dengan lebih baik. Antara topik yang disentuh termasuk keseimbangan kerja dan keluarga, memupuk kreativiti dan sikap positif anak, menangani isu seperti berbohong dan membuli, serta melibatkan guru, datuk nenek dan keluarga besar sebagai penyokong utama.
Nombor Panggilan: 649.1 JAM -[FAM] - Foto NLB
Berikut adalah saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Terapi Keluarga, Pasangan dan Perkahwinan
Buku ini ialah rujukan holistik untuk memahami dinamik keluarga melalui pelbagai pendekatan terapi seperti psikodinamik, struktur, strategik, pengalaman, memberi tumpuan pada penyelesaian dan naratif. Ia turut membincangkan isu perundangan serta terapi pasangan, menggabungkan teori dengan aplikasi amali.
Nombor Panggilan: 616.89156 MEL [HEA] - Foto NLB
100 Solusi Parenting
Antara cabaran terbesar bagi ibu bapa ialah berdepan dengan anak yang mudah meragam, sering bergaduh atau sukar mendengar kata. Buku ini memberi panduan praktikal dan membantu meringankan perjalanan ibu bapa dalam mendidik dan mengurus anak-anak dalam era moden ini.
Nombor Panggilan: 649.1 TAU [FAM] - Foto NLB
‘How to Talk So Little Kids Will Listen’ (Edisi Bahasa Melayu)
Buku yang disediakan dalam edisi bahasa Melayu ini menawarkan alat dan petua komunikasi berkesan untuk ibu bapa kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun. Berdasarkan pengalaman bengkel komunikasi penulis, ia membantu ibu bapa menghadapi tingkah laku mencabar anak kecil dan membimbing mereka menjadi lebih berdikari, bekerjasama dan mahir berkomunikasi.
Nombor Panggilan: 649.12 FAB [FAM] - Foto NLB