Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku mengenai keperluan pembelajaran khas
Foto NLB
Oct 8, 2026 | 5:30 AM
Buku mengenai keperluan pembelajaran khas
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Di Mana Hani?
Nombor Panggilan: J P NAJ
Buku bergambar ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Seperti kanak-kanak lain, Afiyah juga mempunyai perasaan marah, takut dan sayang. Namun, Afiyah sukar meluahkan perasaannya. Keluarga Afiyah sentiasa berusaha untuk memahaminya, kerana mereka sangat menyayanginya. - Foto NLB
Yasmin dan Adam
Nombor Panggilan: J P NUR
Yasmin berasa hairan dengan Adam. Adam tidak menjawab panggilannya, malah terus berjalan tanpa memandang ke arah beliau. Mengapakah sikap Adam berbeza daripadanya dan kawan-kawan lain? - Foto NLB
Panduan lengkap ibu bapa kanak-kanak dengan disleksia
Nombor Panggilan: 618.928553 MAR-[HEA]
Buku rujukan ini boleh membantu ibu bapa mengajar anak mereka yang mengalami disleksia cara mengatasi kesukaran dalam hal berkaitan pendidikan, peribadi dan sosial. Ia mengandungi panduan memilih sekolah yang sesuai dan mengurangkan cabaran akademik serta bimbingan mengekalkan komunikasi dengan anak yang mudah berasa kecewa. - Foto NLB
Mengajar anak berkeperluan khas mengaji: tip & teknik
Nombor Panggilan: 297.1224045 KHA
Buku yang menggabungkan perspektif agama dan psikologi ini didedikasikan khas buat ibu bapa dan pendidik apabila berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD) dan disleksia. - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Atasi cabaran disleksia: Pelajar cekal bakal ke menara gading; murid gigih tingkat diriOct 8, 2026 | 5:30 AM
Dorong pelajar disleksia capai potensi tertinggiOct 8, 2026 | 5:30 AM