Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.

Di Mana Hani?
Nombor Panggilan: J P NAJ

Buku bergambar ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Seperti kanak-kanak lain, Afiyah juga mempunyai perasaan marah, takut dan sayang. Namun, Afiyah sukar meluahkan perasaannya. Keluarga Afiyah sentiasa berusaha untuk memahaminya, kerana mereka sangat menyayanginya.
Di Mana Hani? Nombor Panggilan: J P NAJ Buku bergambar ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Seperti kanak-kanak lain, Afiyah juga mempunyai perasaan marah, takut dan sayang. Namun, Afiyah sukar meluahkan perasaannya. Keluarga Afiyah sentiasa berusaha untuk memahaminya, kerana mereka sangat menyayanginya. - Foto NLB
Yasmin dan Adam
Nombor Panggilan: J P NUR

Yasmin berasa hairan dengan Adam. Adam tidak menjawab panggilannya, malah terus berjalan tanpa memandang ke arah beliau. Mengapakah sikap Adam berbeza daripadanya dan kawan-kawan lain?
Yasmin dan Adam Nombor Panggilan: J P NUR Yasmin berasa hairan dengan Adam. Adam tidak menjawab panggilannya, malah terus berjalan tanpa memandang ke arah beliau. Mengapakah sikap Adam berbeza daripadanya dan kawan-kawan lain? - Foto NLB
Panduan lengkap ibu bapa kanak-kanak dengan disleksia
Nombor Panggilan: 618.928553 MAR-[HEA]

Buku rujukan ini boleh membantu ibu bapa mengajar anak mereka yang mengalami disleksia cara mengatasi kesukaran dalam hal berkaitan pendidikan, peribadi dan sosial. Ia mengandungi panduan memilih sekolah yang sesuai dan mengurangkan cabaran akademik serta bimbingan mengekalkan komunikasi dengan anak yang mudah berasa kecewa.
Panduan lengkap ibu bapa kanak-kanak dengan disleksia Nombor Panggilan: 618.928553 MAR-[HEA] Buku rujukan ini boleh membantu ibu bapa mengajar anak mereka yang mengalami disleksia cara mengatasi kesukaran dalam hal berkaitan pendidikan, peribadi dan sosial. Ia mengandungi panduan memilih sekolah yang sesuai dan mengurangkan cabaran akademik serta bimbingan mengekalkan komunikasi dengan anak yang mudah berasa kecewa. - Foto NLB
Mengajar anak berkeperluan khas mengaji: tip & teknik
Nombor Panggilan: 297.1224045 KHA

Buku yang menggabungkan perspektif agama dan psikologi ini didedikasikan khas buat ibu bapa dan pendidik apabila berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD) dan disleksia.
Mengajar anak berkeperluan khas mengaji: tip & teknik Nombor Panggilan: 297.1224045 KHA Buku yang menggabungkan perspektif agama dan psikologi ini didedikasikan khas buat ibu bapa dan pendidik apabila berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD) dan disleksia. - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti