Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku mengenai keselamatan tubuh
Bayangkanlah
Nombor Panggilan: 362.76 J P LEE
Melalui perjalanan watak yang pelbagai, buku ini memperkasa kanak-kanak agar mempertahankan tubuh badan mereka dengan meneroka kemahiran secara berdikari seperti meletakkan batas ruang peribadi, memahami dan meraikan emosi, serta mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat. - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 27, 2026 | 5:30 AM
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Sentuh Sana Sentuh Sini
Nombor Panggilan: 362.76 J P DIL
Buku bergambar ini menyentuh tentang pendidikan seksual peringkat awal untuk kanak-kanak. Tumpuan utama adalah mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat, hak sebagai kanak-kanak dan juga cara-cara mengatasinya. - Foto NLB
Jun and the Octopus
Nombor Panggilan: J SING 362.76 EKK
Buku bergambar yang diterbitkan Persatuan Kanak-Kanak Singapura, mengisahkan tentang Jun, seorang kanak-kanak lelaki yang memberanikan diri untuk memberitahu ibu bapanya tentang satu kejadian penderaan seksual yang dialaminya. - Foto NLB
Some Secrets Should Never Be Kept
Nombor Panggilan: J P 362.76 SAN
Buku bergambar ini menyentuh tentang pentingnya melindungi kanak-kanak daripada sentuhan yang tidak sesuai. Kanak-kanak juga perlu memahami mereka tidak seharusnya menyimpan rahsia yang membuatkan mereka berasa sedih, takut atau tidak selesa. Ini kerana rahsia sering menjadi alat utama yang digunakan oleh pemangsa seksual kanak-kanak untuk memastikan mangsa terus berdiam diri mengenai penderaan yang berlaku. Ibu bapa dan anak-anak turut dapat mempelajari pentingnya mengamalkan keterbukaan serta memastikan tiada rahsia yang disimpan di antara mereka. - Foto NLB
Respect: Consent, Boundaries And Being In Charge Of You
Nombor Panggilan: J 302 BRI
Buku ini mengandungi panduan tentang meminta keizinan dan autonomi tubuh badan. Pembaca akan mempelajari tentang batasan diri dan cara menetapkannya, pentingnya menghormati diri sendiri serta orang lain, dan langkah yang boleh diambil apabila seseorang membuat mereka berasa tidak selesa atau tidak selamat. - Foto NLB
Yes! No!: A First Conversation About Consent
Nombor Panggilan: ELL4-6 302 MAD
Buku yang dibangunkan oleh pakar dalam perkembangan awal kanak-kanak ini menggunakan bahasa dan ilustrasi jelas serta mudah difahami untuk memperkenalkan konsep keizinan kepada kanak-kanak. Buku ini membantu menyemai dan meraikan amalan meminta serta memberi kebenaran sebelum melakukan sesuatu yang melibatkan tubuh badan seseorang. - Foto NLB
The Body Boundaries Parenting Guide: Eight Essential Body Safety Conversations To Have With Your Kids
Nombor Panggilan: 649 BEM [FAM]
Buku ini membantu ibu bapa mengajar anak-anak tentang keselamatan tubuh badan dan rasa hormat terhadap batasan diri tanpa menimbulkan rasa takut, keliru atau terbeban. Ditulis oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak dan dibangunkan khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia antara tiga dengan enam tahun. - Foto NLB
Laporan berkaitan
Berbeza, tetapi tidak kekuranganJul 2, 2026 | 5:30 AM
Buku pererat hubungan ibu dan anakMay 7, 2026 | 5:30 AM
