Topik diikuti
Pergi ke BHkuBerbeza, tetapi tidak kekurangan
Berbeza, tetapi tidak kekurangan
Berbeza, tetapi tidak kekurangan
Nama saya Riz, saya ada penyakit motor neuron
Nombor Panggilan: J SING 616.83 ASR
Dunia Riz musnah apabila disahkan menghidap penyakit neuron motor atau MND. Disebabkan penyakit itu, bapa Riz mengibaratkan keadaannya sebagai bayi yang memerlukan bantuan sepanjang masa. Mantan personaliti televisyen dan aktivis masyarakat itu terlantar sakit di katil dan bergerak menggunakan kerusi roda. Walaupun pita suaranya terjejas, Riz menggunakan ‘suara’ uniknya untuk menyebarkan kesedaran tentang MND. Kisah Riz menggambarkan kekuatan, kesabaran dan keazaman. - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 2, 2026 | 5:30 AM
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Saya Sedang Berusaha
Nombor Panggilan: J P NUR
Aisyah berasa rendah diri kerana tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Dia sering melihat huruf dan nombor sedang menari dan bermain di depannya. Mengapakah Aisyah sering berada dalam keadaan sebegitu? Dapatkah Aisyah menghadapinya? - Foto NLB
Yasmin dan Adam
Nombor Panggilan: J P NUR
“Mengapakah sikap Adam berbeza daripada saya dan kawan-kawan yang lain?” Buku bergambar ini menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme. - Foto NLB
Nama saya Mikhail, saya ada palsi serebrum
Nombor Panggilan: J SING 618.928 HID
Buku dwibahasa mengenai seorang budak lelaki berusia enam tahun yang menghidap palsi serebrum dan kuadriplegia, iaitu kelumpuhan daripada leher ke bawah. Walaupun dalam keadaan sakit, Mikhail menunjukkan semangat yang kuat dan berkomunikasi menggunakan isyarat mata serta bertutur dalam bahasa yang unik. - Foto NLB
Di Mana Hani?
Nombor Panggilan: J P NAJ
Seperti kanak-kanak lain, Afiyah juga mempunyai perasaan marah, takut dan sayang. Namun, Afiyah sukar meluahkan perasaannya. Keluarga Afiyah sentiasa berusaha untuk memahaminya. Mereka sangat sayang Afiyah, seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom Down. - Foto NLB
Laporan berkaitan
Kanak-kanak alami sopak perlu sokongan psikologi selain rawatanJul 2, 2026 | 5:30 AM
Sopak bukan penghalang: Ruang tertutup beri sinar baharu untuk bersukanJul 2, 2026 | 5:30 AM
