Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Buku perkasa wanita ‘hati tisu’

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Kisah gejolak jiwa pelakon Puteri Sarah sudah banyak tersebar di media sosial. Tanda tanya terjawab buat ramai yang tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan lantas ingin tahu siapakah wanita yang tiba-tiba mendapat sokongan ramai yang bersimpati dengan nasibnya yang dicurangi suami, pengarah Syamsul Yusof.

Melalui buku riwayat hidup Puteri Sarah: Terus Melangkah, anda dapat selami jiwa raganya dan jerih payah perjalanan hidupnya. Ia penawar buat wanita yang memiliki ‘hati tisu’ dan jiwa yang rapuh.


Ia istimewa sebab anda dapat tahu tentang kisah peribadinya dan keluarganya yang dirahsiakan daripada umum sebelum ini. Buat julung kalinya keluarga Puteri Sarah membuka mulut mendedahkan sisi sebenar diri pelakon kelahiran London ini.

“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” katanya.


Ibu dua anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah ini, memberitahu Berita Minggu (BM), antara yang beliau kongsi dan disorok selama ini adalah tentang kehamilan di luar rahim yang membahayakan nyawanya sebelum hamil dengan Syaikhul.


“Ia kisah antara hidup dan mati. Saya tak kongsi dengan sesiapa. Ia terlalu perit untuk diingat lagi,” katanya.

Pengurus Sarah dan penulis buku ini, Emi Anvepa, berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan perkara yang terbuku dalam diri sejak mengenali Puteri Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang Puteri Sarah lalui, sepanjang lima tahun mengenalinya.

“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami pengalaman yang telah dilalui beliau. Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ini, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi buatnya.

Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd boleh didapatkan melalui syarikat Poppet’s World di alamat www.poppet.world. – HARYANI ISMAIL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >