Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku tingkat kesedaran mengenai golongan berkeperluan khas
Foto NLB
Oct 22, 2026 | 5:30 AM
Buku tingkat kesedaran mengenai golongan berkeperluan khas
Saya Suka Caramu
Nombor Panggilan: J P AGU
Wuri dan Rano pergi ke pesta hari jadi kawan mereka. Sepanjang perjalanan mereka, Wuri mempelajari bagaimana Rano yang buta dapat bergerak ke sana sini dengan menggunakan derianya. - Foto NLB
Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU
Nombor Panggilan: 362.409595 MOH [HEA]
Naskhah ini membicarakan perihal kehidupan masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mengumpulkan sekelumit kecil beban penyisihan sosial yang sentiasa dilalui sepanjang perjalanan kehidupan. Ia membawa persoalan demi persoalan, daripada sang penulis yang juga seorang OKU. Adakah kekurangupayaan telah menghilangkan sifat cantik seorang manusia? - Foto NLB
Kita: Unik Meskipun Berbeza
Nombor Panggilan: 362.4 HAM [HEA]
Kekurangan pengetahuan dan kesedaran tentang keperluan khas sering mengakibatkan mereka tidak mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya, baik dari keluarga mahupun dari masyarakat secara umum. Situasi ini boleh menghalang mereka daripada menikmati kehidupan yang lebih baik. Buku ini hadir sebagai satu usaha untuk memperkenalkan dan memberikan pengetahuan asas tentang golongan kurang upaya. - Foto NLB
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Manfaat baca buku bersama anak sejak bayiOct 22, 2026 | 5:30 AM
Galak anak membaca buku 15 minit sehari secara tekalAug 6, 2026 | 5:30 AM