Topic followed successfully
Go to BHkuBuku tingkat rasa sayang terhadap Bumi
Buku tingkat rasa sayang terhadap Bumi
Apr 22, 2026 | 4:34 PM
Buku tingkat rasa sayang terhadap Bumi
Misi Melur
Nombor Panggilan: J P ANI
Melur amat kagum dengan keindahan alam sewaktu berada di pantai, namun alangkah terkejutnya Melur apabila Sang Paus membawanya melihat keadaan laut sebenar. Apa yang Melur lihat mendorongnya untuk memulakan satu misi baru. - Foto NLB
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Sang Pemimpi Besar
Nombor Panggilan: J P MAY
Buku ini berdasarkan kisah benar seorang yang mempunyai impian besar bernama, Hidayat Palaloi, yang amat terkesan dengan kerosakan hutan bakau di sebuah desa seorang teman. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau mengajak penduduk desa menanam bakau. - Foto NLB
Budak Karung Guni
Nombor Panggilan: J SING TAN
Ming gemar mencipta barangan, namun dia tidak mempunyai wang untuk menghasilkan rekaannya. Pada satu hari, bunyi hon lelaki Karung Guni ‘bip, bip, bip’ memberinya inspirasi untuk mencipta sesuatu menggunakan barang-barang yang terkumpul. - Foto NLB
Feri Menjaga Kelestarian Laut
Nombor Panggilan: J SING RAU
Feri si kapal persiaran sedang bersiar-siar apabila dia melihat sampah plastik merata-rata di laut. Banyak ikan mati setelah memakan sampah plastik itu. Feri menjadi kesal. Bersama Kayan, mereka berdua mencari kapal yang mengotorkan laut. Berjayakah mereka nanti? Apakah yang harus mereka lakukan supaya laut menjadi bersih kembali? - Foto NLB
Kita Boleh Menyelamatkan Dunia Dengan Menutup Pili Air
Nombor Panggilan: 333.91 CHA
Wardah dan Mia sedang bersiap-siap untuk ke sekolah apabila mereka tiba-tiba berbalah dalam bilik air. Ayuh ikuti penerokaan Wardah dan Mia apabila satu tindakan yang mereka lakukan boleh membawa perubahan besar kepada kelestarian alam. - Foto NLB
Laporan berkaitan
Buku galak bincang tentang makananApr 16, 2026 | 5:30 AM
