Topic followed successfully
Go to BHkuBuku galak bincang tentang makanan
Buku galak bincang tentang makanan
Apr 16, 2026 | 5:30 AM
Buku galak bincang tentang makanan
Bidin Bikin Aiskrim Sambal
Nombor Panggilan: J SING FAR
Sewaktu bersama ibunya di Pasar Geylang, Bidin merasai sambal belacan buat kali pertama. Rasa pedas yang membakar lidahnya tidak membuat Bidin mudah mengalah, malah beliau cuba mencampurkan sambal belacan dengan aiskrim vanila untuk mencipta rasa baru. - Foto NLB
Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam daripada perpustakaan awam.
Nenek Masak Apa?
Nombor Panggilan: J SING FAD
Buku bergambar ini mengisahkan lauk tradisi orang Negeri Sembilan, iaitu rendang daging. Penulis berharap perkongsian resipi rendang Negeri Sembilan keluarganya dapat memberi manfaat kepada pembaca cilik, sekali gus melestarikan warisan Ninda agar tidak ditenggelami arus kemodenan. - Foto NLB
Sate!
Nombor Panggilan: J SING FAR
Buku bergambar ini mengisahkan pengalaman sepasang kembar, Syira dan Sufi, sewaktu mereka berada di pusat penjaja bersama ibu dan datuk mereka. Buku ini memaparkan keghairahan mereka untuk mencuba pelbagai makanan, terutama sate! - Foto NLB
Sayang, Marilah Makan
Nombor Panggilan: 641.56222 ZAH-[COO]
Buku ini ditulis khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang terlalu cerewet makan. Selain menyediakan 66 resipi menarik dan berkhasiat, buku ini menyelitkan teknik berkomunikasi yang boleh digunakan dengan anak ketika makan. - Foto NLB
Mommyclopedia: 234 fakta tentang masalah makan pada anak
Nombor Panggilan: 649.3 HAN -[FAM]
Salah satu masalah yang sering dikeluhkan ibu bapa berkaitan pengasuhan anak adalah masalah makan. Buku ini membahas secara menyeluruh mengenai apakah yang dimaksudkan dengan makan, proses yang terjadi saat anak sedang makan, punca masalah makan, serta panduan mengatasi anak yang susah makan. - Foto NLB
Laporan berkaitan
Buku papar keseronokan berkeluargaApr 9, 2026 | 5:30 AM
4 buku kanak-kanak baru diterjemah daripada bahasa IndonesiaApr 16, 2026 | 5:30 AM
