Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cabaran penerbit cari pelakon utama ‘Mencari Marina’

Jul 16, 2023 | 05:31 AM



Setelah idea drama siasatan saspens Mencari Marina cetusan ilham penulis bebas, Farah Bani, disampaikan kepada penerbit Poetry In Motion, Nusaibah Abdul Rahim, yang menjadi misi selanjutnya adalah usaha mencari siapa yang tepat membawa watak utama sebagai pakar psikologi Dr Latifah.


Nusaibah berkongsi dengan Berita Minggu (BM) bahawa tidak mudah bagi pihaknya mencari pelakon wanita yang mempunyai aura misteri untuk galas peranan besar sebagai Dr Latifah yang dipenjara seumur hidup kerana dituduh membunuh suaminya.


“Ini adalah percubaan sulung Poetry In Motion menghasilkan drama siasatan setelah menerbitkan drama bernadikan kisah keluarga seperti Dilema Dania dan Hilang Kasih Di Sarajevo.


“Saya mencari pelakon wanita yang berusia awal 50-an tahun dan mempunyai penampilan yang bila orang tengok akan rasa banyak yang tersembunyi dalam dirinya yang payah digali.

“Maka saya terfikir tentang Kak Gee (Fauziah Latiff). Kebetulan, beliau ada di Singapura untuk persembahan di Jamiyah. Saya tak tahu bagaimana untuk menghubunginya. Tiada yang mempunyai nombor telefonnya.

“Saya pun mengirimkan pesanan menerusi Instagram tetapi Kak Gee tak perasan. Hinggalah saya beranikan diri menulis komen pada satu foto beliau dan menyatakan saya kirim pesanan kepadanya. Beliau langsung menjawab dan tanpa saya duga, Kak Gee usulkan kita bertemu sebab beliau di Singapura.

“Alhamdulillah, tidak makan masa lama untuk mengesahkan kepada pihak Suria bahawa Kak Gee menerima lamaran kami,” jelas Nusaibah.

Pemilihan Fauziah dirasakan tepat kerana beliau tidak kecoh atau lantang bersuara, penuh misteri, ada kelembutan dan berbual perlahan sebagaimana yang diinginkan dalam watak Dr Latifah.

“Senang juga bekerjasama dengannya yang merendah hati. Kisah ini adalah tentang Sofie, seorang penulis yang bertemu dengan Dr Latifah untuk menulis kisah peribadi pakar psikologi ini. Ada perkongsian tentang penyakit barah yang dialami.

“Nampak jalan cerita mudah dihadam sahaja tetapi sebenarnya banyak ulitan plot dengan rahsia kehidupan Dr Latifah perlu digali dalam-dalam. Ini juga kali pertama kami menjana banyak watak dan boleh dikatakan ramai pelakon Singapura menjayakannya,” cerita Nusaibah lagi.

‘Mencari Marina’ juga adalah berdasarkan inspirasi kisah sebenar seorang wartawan yang ditugaskan menyiapkan laporan tentang jenayah pembunuhan.

Pelakon Singapura yang terlibat dalam projek itu antara lain ialah Lydia Asyiqin, Sani Hussin, Fazlyna Aziz, Fatin Amira, Haizad Imram, Awad Salim Ramli, Fadhlur Rahman, Olynn Saleh dan Atyy Malek.

Antara cabaran yang Nusaibah dan rakan-rakannya hadapi adalah mengatur jadual penggambaran agar tidak bertindih kerana bilangan pelakon yang terlibat.

“Sememangnya, kami lega sebab tanpa disangka kami dapat apa yang dicita-citakan iaitu Kak Gee menerima lamaran kami,” jelas Nusaibah. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >