Cabaran tersembunyi bagi wanita dalam industri yang dikuasai lelaki
Pengguna Berdaftar
Cabaran tersembunyi bagi wanita dalam industri yang dikuasai lelaki
Jan 31, 2024 | 5:30 AM
Wanita telah lama memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat, namun, perjalanan mereka dalam industri yang dikuasai lelaki atau persekitaran sebegini sering terabai. Walaupun bilangan wanita terus bertambah, kenyataannya ramai tidak menyedari cabaran dan halangan yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja.
Salah satu isu yang masih diberi perhatian adalah jurang gaji jantina, di mana wanita sering dibayar kurang daripada lelaki yang menjalankan tugasan yang sama. Ini belum lagi disentuh aspek wanita seringkali perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan pengiktirafan dan kenaikan pangkat.
Laporan berkaitan
Wanita teguh ‘jaring gol’ pasaran sukan dunia yang dikuasai lelakiJan 26, 2024 | 8:44 PM
Gerakan bantu wanita tambah ilmu, imbangi hidup, jana pendapatanJan 16, 2024 | 4:40 PM

