Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengguna Berdaftar

Wanita teguh ‘jaring gol’ pasaran sukan dunia yang dikuasai lelaki

Dari padang ke dewan pengarah Janna Jauhar berani ketengah idea dan suara untuk ‘jual’ sukan di peringkat global
Jan 31, 2024 | 5:30 AM
Janna Jauhar pernah menerajui operasi di seluruh APAC, mengurus pemasaran kandungan, penglibatan peminat, pertumbuhan dan tera pada platform sosial pelanggan, serta pengeluaran dan penyampaian kreatif. Beliau telah bekerja dengan beberapa pertubuhan sukan dan eksport terkemuka dunia, seperti Tottenham Hotspur, PSG, Chelsea, AS Roma, Juventus, dan banyak lagi, mencipta dan mengedarkan kandungan yang relevan dan menarik secara tempatan yang bergema dengan jutaan peminat.
Janna Jauhar pernah menerajui operasi di seluruh APAC, mengurus pemasaran kandungan, penglibatan peminat, pertumbuhan dan tera pada platform sosial pelanggan, serta pengeluaran dan penyampaian kreatif. Beliau telah bekerja dengan beberapa pertubuhan sukan dan eksport terkemuka dunia, seperti Tottenham Hotspur, PSG, Chelsea, AS Roma, Juventus, dan banyak lagi, mencipta dan mengedarkan kandungan yang relevan dan menarik secara tempatan yang bergema dengan jutaan peminat. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sedang ramai peminat sukan bola sepak hanya dapat melihat pemain kegemaran mereka seperti bintang dari Brazil, Neymar, atau Achraf Hakimi dari Maghribi dari jauh atau terbatas di skrin televisyen, tugas Cik Nur Janna Jauhar telah membawanya tidak sahaja dekat dengan pemain-pemain terkenal tersebut, bahkan berpeluang bekerjasama dengan mereka dalam aspek pemasaran untuk pelanggannya.

Tugasnya sebagai pengurus pemasaran digital mungkin secara am dilihat biasa-biasa, namun yang membezakan Cik Janna dengan karyawan lain dalam bidang yang telah diceburi selama 16 tahun dengan pelbagai agensi, beliau memasuki gelanggang sukan, menjadi penggerak dalam industri sukan yang didominasi lelaki. Sosok dinamik wanita Melayu Singapura ini telah mencipta gejolak dengan pendekatan inovatifnya terhadap pemasaran digital dan kepimpinan dengan berani.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg