Mulai 1 Oktober, penumpang di enam lapangan terbang serantau di Thailand perlu membayar yuran perkhidmatan yang lebih tinggi, iaitu 75 baht ($3) untuk penerbangan domestik dan 425 baht untuk penerbangan antarabangsa.
Jabatan Lapangan Terbang Thailand mengumumkan bahawa caj perkhidmatan penumpang (PSC) akan dinaikkan di enam lapangan terbang serantau di bawah pemantauannya, berkuat kuasa pada 1 Oktober 2025.
Penyesuaian ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak 25 baht bagi setiap penumpang, merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa.
Oleh itu, PSC akan meningkat daripada 400 baht kepada 425 baht bagi penumpang antarabangsa, dan daripada 50 baht kepada 75 baht bagi penumpang domestik.
Enam lapangan terbang yang terjejas oleh kadar baru itu adalah seperti berikut:
PSC baru itu telah dikumpulkan syarikat lapangan terbang sewaktu pengeluaran tiket sejak 1 Julai 2025, dan akan dikenakan kepada penumpang yang berlepas dari lapangan terbang tersebut mulai 1 Oktober. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg