Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cef Bob teruja nikmati epok-epok sardin $7 di London

Jan 23, 2024 | 05:25 PM



Cef selebriti Singapura Cef Bob kelihatan di Trafalgar, London baru-baru ini dan beliau teruja dapat singgah ke kedai jenama Singapura ‘Old Chang Kee’ yang mempunyai cawangan di situ.

Restoran ‘Old Chang Kee’ membuka cawangannya di Covent Garden sejak Jun 2018 dan kini mempunyai satu lagi cawangan di Goodge Street pada 2019.

Menurut Cef Bob, beliau bangga melihat jenama Singapura itu berjaya menembusi pasaran makanan di London dan dalam muatan video di TikTok, Cef Bob menunjukkan beliau masuk ke restoran itu dan membuat pesanan.

Beliau berpeluang membeli epok-epok sardin tetapi kecewa teh tarik tidak dijual di situ.







Dalam komen di ruangan TikTok itu, Cef Bob berkongsi pandangannya tentang epok-epok sardin yang dibelinya di Old Chang Kee dengan harga £4.25 ($7.00).

“Dalam segala aspek, epok-epok sardin itu lebih baik, dari segi tekstur, bahan yang digunakan dan juga rasa.”

Cawangan Covent Garden terletak berdekatan dengan hotel tempat tinggalnya di sana, menurut Cef Bob.

Apabila dihubungi Berita Harian (BH), Cef Bob memberitahu bahawa beliau berada di Eropah ketika ini atas urusan kerja selama 12 hari.

“Di UK, kami tinggal di London. Selepas itu, kami menaiki kereta api untuk pergi ke Anfield, Liverpool – saya tak dapat lepaskan peluang itu,” kata peminat tegar pasukan bola sepak Liverpool itu.

Cef Bob berkata beliau dan rakan niaganya berjalan sekitar London melalui kereta api bawah tanah, dan dapat melawat kawasan Bayswater yang menjual banyak makanan halal.

“Bayswater seperti Geylang Serai di London. Banyak makanan halal dan ramai Melayu berkumpul kerana Malaysian Town Hall berada di sini.

“Saya di sini bersama rakan niaga saya untuk membuat kajian tentang budaya makan di sini, dan belajar tentang selok-belok membuka perniagaan di sini,” katanya yang mengaku ini kali pertama beliau ke Eropah dan sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Britain.

Selepas Britain, Cef Bob dan rakan niaganya kemudian menaiki kereta api ke Amsterdam, melalui Brussels dan kini di Amstel, Amsterdam sebelum berangkat pulang.

Sewaktu dihubungi, Cef Bob berkata beliau sudah pun berada di Amsterdam dan akan pulang ke Singapura pada 25 Januari.

Bila ditanya pandangannya tentang Eropah, Cef Bob berkongsi:

“Singapura tetap dekat di hati saya. Di sini sejuk dan saya rasakan agak mahal untuk makan luar, tetapi membeli-belah di Primark boleh tahan murah!”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >