Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cef Siti Mastura perkenal restoran bufet halal di Changi

Feb 12, 2025 | 5:30 AM
Cef Siti Mastura Alwi (kiri) bersama Cef Eksekutif Kumpulan Manna Pot yang menguruskan Blue Tiffin, Cef Soon Yuen Li.
Cef Siti Mastura Alwi (kiri) bersama Cef Eksekutif Kumpulan Manna Pot yang menguruskan Blue Tiffin, Cef Soon Yuen Li. - Foto BH oleh HANIM MOHD SALEH

Cef Siti Mastura Alwi, seorang cef selebriti dan guru di beberapa akademi masak di Singapura, sekali lagi memimpin pembukaan sebuah restoran halal, kali ini untuk Blue Tiffin di Changi Village Hotel yang baru saja menerima sijil halal.

“Saya sangat gembira kerana kita mempunyai restoran yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang sedap, daripada sudut BBQ hingga makanan laut, nasi dengan pelbagai lauk, cendol dan pelbagai jenis pencuci mulut,” kata Cef Siti Mastura.

“Dengan Ramadan bakal tiba, saya harap Blue Tiffin akan menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berbuka puasa, dan kami juga menyediakan ruang solat untuk kemudahan pengunjung,” kata beliau yang pada 2024 dilantik sebagai duta restoran halal sebuah hotel antarabangsa di sini.

Blue Tiffin menawarkan hidangan moden dengan sentuhan tempatan untuk pelbagai selera para pengunjung.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan adalah laksa beraroma dan kuih-muih seperti puteri salat dan bingka ubi.

Restoran itu juga menyediakan bufet Ramadan musiman dengan stesen ‘live’ roti jala yang menarik serta hidangan tempatan kegemaran seperti goreng pisang rangup dan minuman air katira yang menyegarkan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Blue Tiffin memperkenalkan promosi istimewa – Buffet Makan Malam Harian Ramadan pada Mac 2025 pada harga $48++ untuk dewasa dan $24++ untuk kanak-kanak (setahun hingga enam tahun), dari 6.30 petang hingga 10 malam. Blue Tiffin terletak di Village Hotel Changi, tingkat 1, 1 Netheravon Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg