Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cerita jerih payah wanita, pekerja pembersihan, pelajar dalam ‘Kisah Moberly’

Nov 6, 2024 | 4:42 PM
Dikir barat, tarian dan puisi menjadi salah satu wadah seni untuk menyampaikan kisah tiga watak daripada tiga era berbeza dalam pementasan, ‘Kisah Moberly’.
Dikir barat, tarian dan puisi menjadi salah satu wadah seni untuk menyampaikan kisah tiga watak daripada tiga era berbeza dalam pementasan, ‘Kisah Moberly’. - Foto PERSATUAN BAHASA MELAYU SP

Menerusi puisi, tarian dan dikir barat, satu pementasan teater pelajar, Kisah Moberly, akan mengupas kisah hidup tiga watak utamanya dari tiga era.

Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Singapura (SP) akan menyajikan kisah bersejarah berlatarbelakangkan Blok Moberly (bangunan di SP) yang pernah menjadi sebahagian Berek Princess Mary dalam Fiesta Seni SP bagi 2024 pada 8 dan 9 November.

Berek tersebut pernah menjadi kediaman tentera British dan Malaya dari 1951 hingga awal 1970-an.

Ia merupakan bangunan ketenteraan yang dikekalkan dan pernah menjadi ruang Jabatan Kejuruteraan Awam dan Binaan serta Sekolah Pengajian Nautikal.

Pada 2008, Blok Moberly diubah suai menjadi hab kegiatan pelajar.

Sebahagian bangunan blok itu kini menampung muzium dengan cenderahati ketenteraan dan trofi lama serta peralatan mengajar yang disumbangkan bekas tentera dan kakitangan atau alumni SP.

Kisah Moberly menceritakan tentang Melati, seorang ibu yang sedang meratap sedih pada era 1950-an kerana kesan perang pada kehidupannya.

Turut diselongkar ialah perjalanan Hidup Hassan, pekerja pembersihan yang bertugas pada 1980-an.

Beliau berkongsi pengamatannya pada kepercayaan dan kegigihan yang ditanam sebagai tekad mencapai penakatan seharian.

Kehidupan pelajar bernama Ayden pada era 2010-an yang mempelajari kepentingan sikap ingin tahu dan keluar dari zon selesa juga diteroka dalam pementasan ini.

Apa yang menarik dalam pementasan ini ialah penglibatan pelajar Cina, Nicholas Ho, lulusan Diploma Kimia Gunaan di SP yang kini mahasiswa ijazah Pengurusan Perniagaan (Operasi) di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sebagai salah seorang penarinya.

Ho telah berkecimpung dalam tarian Melayu selama lebih 10 tahun.

Kisah Moberly akan dipentaskan di Blok Moberly SP mulai 7.30 hingga 9 malam (8 dan 9 November) serta 4 hingga 5.30 petang (9 November).

Tiket boleh ditempah di laman Peatix.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg