Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ChefGenie, mesin layan diri tawar hidangan seperti di restoran

Nov 14, 2025 | 12:34 PM
ChefGenie merupakan dapur automasi yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang boleh dipesan melalui mesin layan diri atau aplikasi ChefGenie di telefon.
ChefGenie merupakan dapur automasi yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang boleh dipesan melalui mesin layan diri atau aplikasi ChefGenie di telefon. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI

Pilihannya cukup pelbagai.

Terdapat Swiss Rosti, Sambal Fried Rice dengan Ikan Bilis dan Chicken, Beef Lasagna, Ayam dan Ikan Asin Claypot Rice, dan Fried Soto Udon dari Warong Pak Sapari.

Pendek kata, saya dimanja dengan pelbagai pilihan makan tengah hari dari mesin layan diri ChefGenie yang baru dipasang di pejabat saya.

Mesin itu bukan sekadar mesin jual minuman atau snek, bahkan seperti dapur automasi yang boleh memasak makanan panas, segar dan siap dimakan dalam masa hanya beberapa minit.

ChefGenie ialah dapur automasi pertama di Singapura yang mengguna kecerdasan buatan (AI).

Lebih daripada mesin biasa, ia boleh menggoreng, membakar dan memanaskan hidangan dengan suhu dan masa yang tepat seolah-olah menghasilkan makanan dari restoran.

Kini ChefGenie bekerjasama dengan beberapa jenama makanan dan minuman (F&B) tempatan termasuk Warong Pak Sapari, Springleaf Prata, Tuk Tuk Cha, dan beberapa hidangan khas yang dicipta oleh pasukan ChefGenie sendiri.

Projek itu disokong oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) sebagai sebahagian daripada usaha menguji konsep dapur pintar yang tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia.

“Dapur autonomi seperti ChefGenie membuka peluang baru kepada pengusaha F&B untuk membangunkan model perniagaan berasaskan AI dan automasi.

“Ia menunjukkan bagaimana teknologi boleh digunakan bagi meningkatkan daya saing dan kecekapan,” jelas pengarah Food Services & Heartland Enterprises di EnterpriseSG, Encik Jason Lim.

Sebagai pengguna, saya sendiri cukup teruja untuk mencuba.

Saya memuat turun aplikasi ChefGenie dalam telefon untuk menempah makanan lebih awal dan mengelak daripada perlu menunggu lama.

Setiap pesanan boleh dipantau secara langsung melalui aplikasi dan saya dapat tahu bila makanan sedang dimasak dan bila ia siap untuk diambil.

Masa menunggu berbeza – ada hidangan yang siap dalam tiga minit, ada yang mengambil masa sehingga sembilan minit, bergantung kepada jenis masakan dan kaedah pemanasan.

Sebahagian besar hidangan dijual antara $4.90 dengan $8.70, manakala pencuci mulut seperti Oreo Cheesecake serendah $3.27.

Saya mula dengan memesan Fried Soto Udon yang berharga $6 daripada Warong Pak Sapari, versi moden soto ayam yang sebaliknya menggunakan mi udon Jepun.

Saya menunggu sembilan minit untuk menikmati kuah soto yang agak pekat dan mi udonnya kenyal walaupun baru keluar dari mesin.

Rasa rempah soto itu kurang pekat, sayurnya seperti lobak merah, kentang dan kubis menambah tekstur yang seimbang dan kekal segar.

Kepingan ayam juga agak memuaskan.

Seterusnya, saya mencuba, Beef Lasagna, $6.90, antara hidangan yang dicipta khas oleh ChefGenie sendiri.

Lapisan keju dan dagingnya cukup seimbang, dan sos tomato yang digunakan cukup untuk memastikan hidangan itu tidak kering apabila dipanaskan.

Rasa keseluruhannya memuaskan.

Secara keseluruhan, pengalaman saya menggunakan ChefGenie terasa senang dengan kemudahan moden.

Mesin ini juga penyelamat bagi ramai pelanggan yang boleh menikmati makanan 24 jam sehari.

Menurut aplikasi ChefGenie, terdapat 136 mesin layan diri seperti itu di seluruh Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg