Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China lanjut penginapan transit tanpa visa kepada 10 hari

Dec 18, 2024 | 1:20 PM
Pelancong bersiar-siar berdekatan Forbidden City di Beijing, China, pada 17 Disember 2024.
Pelancong bersiar-siar berdekatan Forbidden City di Beijing, China, pada 17 Disember 2024. - Foto EPA-EFE

HONG KONG: China mengumumkan pada 17 Disember kelonggaran bagi dasar transit tanpa visa, melanjutkan tempoh penginapan yang dibenarkan untuk pengunjung asing yang layak kepada 240 jam, atau 10 hari.

Ini tambahan daripada tempoh asal iaitu tiga hingga enam hari, sedang pihak berkuasa berusaha menarik lebih ramai pengunjung asing.

Langkah tersebut, yang berkuatkuasa serta-merta, diumumkan oleh Pentadbiran Imigresen Nasional (NIA) di akaun WeChat rasminya.

Mereka yang datang dari 54 negara, termasuk Brazil, Canada, Russia, Britain dan Amerika Syarikat, yang “transit dari China ke negara ketiga (rantau), boleh memasuki China tanpa visa dari mana-mana 60 pelabuhan terbuka di 24 wilayah dan menginap di kawasan tertentu selama tidak melebihi 240 jam,” katanya.

Sejak pembukaan semula sempadannya pada 2023 setelah pengasingan selama tiga tahun disebabkan pandemik Covid-19, China telah mengecualikan keperluan visa untuk pengunjung supaya dapat menggalakkan lawatan ke ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Pada November, Kementerian Luar China berkata Beijing telah melanjutkan dasar bebas visanya kepada 38 negara.

Mereka dari negara itu – termasuk Singapura, Sepanyol dan Belanda – tidak memerlukan visa untuk masuk ke China dan boleh tinggal di sana sehingga 30 hari bagi tujuan perniagaan, pelancongan, kunjungan keluarga, pertukaran dan transit.

Warga asing melakukan sebanyak 8.2 juta perjalanan masuk ke China – peningkatan sebanyak 48.8 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Lebih separuh daripadanya dipermudahkan dasar bebas visa – kenaikan sebanyak 78.6 peratus tahun ke tahun, kata NIA pada Oktober. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg