Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Choi Woo-shik tidak sekejam watak Yi dalam drama, ‘A Killer’s Paradox’

Feb 21, 2024 | 3:47 PM
Choi Woo-shik tidak akan terdorong membunuh orang jahat dan hanya melaporkan jenayah mereka kepada pihak polis, berbanding watak Yi Tang yang dibawanya dalam siri drama Netflix, ‘A Killer’s Paradox’.
Choi Woo-shik tidak akan terdorong membunuh orang jahat dan hanya melaporkan jenayah mereka kepada pihak polis, berbanding watak Yi Tang yang dibawanya dalam siri drama Netflix, ‘A Killer’s Paradox’. - Foto NETFLIX

Pasang surut emosi seorang lelaki yang dibelenggu dilema etika ingin memusnahkan penjahat dahsyat sehingga membunuh mereka menerusi drama Netflix terkini, A Killer’s Paradox, mampu diselami pelakon Korea Selatan, Choi Woo-shik.

Beliau yang menjayakan drama televisyen dan filem seperti Our Beloved Summer (2021), Parasite (2019), dan Train to Busan (2016) sebelum ini, bahkan teruja ingin tahu reaksi peminatnya terhadap, A Killer’s Paradox, yang merupakan siri drama jenayah Netflix sebanyak lapan bahagian.

Drama itu berdasarkan animasi dalam talian atau ‘webtoon’ dengan judul serupa.

Ia mengisahkan tentang Yi Tang (lakonan Choi), seorang pelajar maktab yang secara tidak sengaja menjadi pembunuh bersiri.

Apabila Yi menyedari bahawa semua mangsanya pernah melakukan kejahatan dahsyat, dia menyakini dirinya memiliki kuasa luar biasa dalam mengenal pasti penjahat lantas ingin menamatkan riwayat mereka.

Detektif Jang Nan-gam (Son Suk-ku) mula mengesyaki kaitain Yi dengan siri pembunuhan itu dan bertekad menangkapnya.

Dalam membawakan watak ini, Choi, 33 tahun, yang berkerakyatan Canada tetapi memasuki pasaran lakonan Korea, fokus terhadap segala keresahan dan tanda tanya yang membelenggu jiwa Yi tentang dirinya sendiri.

“Saya terfikir kalau Yi mempunyai keyakinan terhadap dirinya dan perbuatannya sendiri, iaitu membunuh orang lain, saya akan memberikan paparan wataknya yang mendatar sahaja.

“Namun, sepanjang siri drama ini, saya berusaha menggali rasa bingung Yi yang sentiasa teragak-agak dan tidak pasti dalam kehidupannya,” cerita Choi kepada laman web, The Korea Herald.

Secara peribadi, Choi tidak bersetuju dengan keputusan Yi untuk mengecam kejahatan orang lain dengan membunuh.

Choi berkata beliau pernah bertemu dengan orang-orang yang mempunyai perangai jahat yang dahsyat sebagaimana yang ditemui Yi dalam kehidupan sehariannya.

Bagaimanapun, beliau hanya akan melaporkan perbuatan orang berkenaan kepada polis daripada menggunakan kuasa luar biasa yang mendorongnya ke arah melakukan jenayah membunuh.

“Sepanjang saya membawa watak Yi, saya kerap bertanya kepada diri saya sendiri apa yang saya akan lakukan kalau saya jadi Yi.

“Jika saya mempunyai kuasa luar biasa mengenal pasti penjahat, saya hanya akan melaporkan mereka kepada polis. Saya takkan sampai membunuh orang lain sebagaimana jahat pun mereka,” ujar Choi.

“Saya juga tonton liputan berita tentang seseorang yang melaporkan 12,000 kes meletakkan kenderaan secara haram tanpa mengikut undang-undang dalam tempoh setahun. Saya rasa saya akan ikut contoh individu sebegini.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg