Seorang teman yang tidak begitu suka menonton wayang di pawagam sanggup meluangkan malam Ahadnya baru-baru ini bagi menyaksikan filem aksi, Sheriff: Narko Integriti.

Yang seorang pula memberitahu saya, tidak seperti selalu, beliau tidak terlelap pula menyaksikan filem yang dibintangi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Azira Shafinaz dan Datuk Aaron Aziz.