Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Coldplay sebar kisah krisis pelarian dalam ‘Aliens’

Sep 18, 2023 | 5:30 AM
TERSENTUH DENGAN NASIB PELARIAN: Vokalis Coldplay, Chris Martin, menjelaskan bahawa ‘Aliens’ adalah hasil karya tentang krisis pelarian yang menderita kerana terbiar tanpa kediaman dan terpaksa meninggalkan negara kelahiran demi kedamaian.
TERSENTUH DENGAN NASIB PELARIAN: Vokalis Coldplay, Chris Martin, menjelaskan bahawa ‘Aliens’ adalah hasil karya tentang krisis pelarian yang menderita kerana terbiar tanpa kediaman dan terpaksa meninggalkan negara kelahiran demi kedamaian. - Foto REUTERS

Kumpulan Coldplay bukan sahaja terkenal sehinggakan setiap konsert yang diadakan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat bahkan mudah laris.

Mereka juga dikenali kerana beberapa lagu yang memuatkan isu sosial untuk diketengahkan sebagai iktibar pendengar.

Salah satu lagu yang mengandungi pesanan tentang krisis pelarian adalah Aliens yang menyalur simpati kepada penduduk yang terpaksa meninggalkan negara asalnya untuk hidup penuh aman dan tenteram di negara orang.

“Kami mendengar tentang nasib pelarian yang terdesak meninggalkan negara kelahiran mereka dan kediaman mereka pada waktu malam yang hitam pekat.

“Anak-anak mereka menangis dan golongan yang terdesak hidup secara gelandangan berkeliaran tanpa tempat tinggal,” jelas vokalis Coldplay, Chris Martin, kepada laman Songfacts

Segala wang yang dikumpulkan bagi Aliens disalurkan kepada badan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa, Migrant Offshore Aid Station (Moas), yang menyelamatkan migran dan pelarian di lautan Timur Tengah.

Coldplay adalah penaung Moas.

Lagu itu merupakan ciptaan Brian Eno yang juga menyumbang idea bagi penerbitan lagu Coldplay, Viva La Vida.

Video muzik gila-gila lagu itu diarah Diane Martel dan Ben Jones.

Anda dapat melihat makhluk asing beredar dari planet mereka yang dilanda perang.

Ia merupakan metafora bagi migran serta dunia yang didesak untuk meninggalkan tempat tinggal mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg