Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuma ada $5? Cuba kudapan ini di bazar Geylang Serai

Mar 23, 2024 | 5:30 AM
Pelbagai makanan yang boleh didapati dengan harga $5 ke bawah di bazar Geylang Serai termasuk kulit ayam, Tacos, Corndog, wade udang, dan Cheese Coin Waffles.
Pelbagai makanan yang boleh didapati dengan harga $5 ke bawah di bazar Geylang Serai termasuk kulit ayam, Tacos, Corndog, wade udang, dan Cheese Coin Waffles. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bazar Raya merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan ramai.

Bagaimanapun, di tengah-tengah suasana yang meriah, ada juga pelanggan merungut tentang harga makanan yang naik sejak kebelakangan ini.

Pada 2024, penganjur bazar Raya di Geylang Serai, Wisma Geylang Serai, mengorak langkah bagi memastikan penjual harus menawarkan dua barang makanan dengan harga $3 setiap satu.

Kaki Makan mengesyorkan pelbagai kudapan yang boleh dibeli dengan harga $5 dan ke bawah.

Rendang Tacos ($5), The Padangton

Rendang Tacos, $5, dari The Padangton.
Rendang Tacos, $5, dari The Padangton. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Berharga $5, Rendang Taco dari The Padangton mengandungi daging lembu yang mempunyai pelbagai rasa, dengan rendang padang yang enak.

Taco ditabur dengan keju dahulu, diikuti dengan daging lembu. Selepas memanggang taco sehingga warnanya perang keemasan, hidangan itu kemudian dilengkapkan dengan acar.

Taco yang padat itu diisi dengan daging lembut yang enak, mempunyai sedikit rasa lemak daripada keju dan rasa masam daripada acar, menjadikan keseluruhan hidangan itu seimbang.

Taco lain yang tersedia ialah daging lembu dan ayam, dijual dengan harga $5 setiap satu. Taco kambing dijual pada harga $7.

Dengan harga $3, The Padangton turut menjual bubur sumsum.

Wade udang ($1), Mr Wadeh

Wade udang, $1 oleh Mr Wadeh.
Wade udang, $1 oleh Mr Wadeh. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Hanya dengan $1, pelanggan boleh mendapatkan wade udang yang panas dan baru digoreng.

Walaupun kami membeli wade itu dua jam sebelum berbuka, teksturnya masih rangup apabila dimakan, tanpa perlu dipanaskan.

Saiz udangnya lumayan manakala doh wade pula ringan, menjadikan harganya berbaloi.

Cheese Coin Waffles ($5), Happiness in a Box

Wafel keju, Cheese Coin Waffles, berharga $5 oleh Happiness in a Box.
Wafel keju, Cheese Coin Waffles, berharga $5 oleh Happiness in a Box. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Makanan popular wafel keju, Cheese Coin Waffles, menarik perhatian pelanggan dengan tarikan keju yang panjang.

Dengan harga $5, Cheese Coin Waffles, mempunyai tekstur lembut berbentuk seperti pankek dengan sedikit aroma vanila. Rasanya lemak dan masin daripada keju.

Kulit Ayam ($3), Jom Lekor

Kulit ayam, $3, oleh Jom Lekor.
Kulit ayam, $3, oleh Jom Lekor. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Terkenal dengan keropok lekornya yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sos, reruai Jom Lekor kini menjual kulit ayam dengan harga $3.

Pelanggan boleh memesan untuk membeli kulit ayam yang baru digoreng dan dibubuh perisa.

Dim Sum Goreng ($5), Kakak Dim Sum by SMH

Milo Dim Sum ialah antara tiga dim sum yang ditawarkan dengan harga $5.
Milo Dim Sum ialah antara tiga dim sum yang ditawarkan dengan harga $5. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kakak Dim Sum by SMH menawarkan pelbagai pilihan dim sum, termasuk yang digoreng.

Pelanggan boleh memilih untuk membeli tiga keping dim sum goreng dengan harga $5.

Antara pilihan dim sum goreng yang dijual ialah Milo Pau, Chilli Crab Pau, Chicken Char Siew Pau dan Prawn Gyoza.

Corndog ($5), Boolatz Kitchen

Corndog, $5, oleh Boolatz Kitchen.
Corndog, $5, oleh Boolatz Kitchen. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Boolatz Kitchen mempunyai pelbagai pilihan makanan yang berharga $5 dan ke bawah.

Antara yang dijual dengan harga $5 dan ke bawah ialah Potato Twist, Mozzarella Corndog dan popia goreng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg