Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Curi masa untuk muzik selain niaga gunting rambut

Nov 09, 2022 | 07:15 AM



Sudah menjadi aturan perjalanan hidup setiap anak seni yang dilahirkan di Singapura. Khusus buat mereka yang mahukan kerjaya yang lebih besar dan kebolehan untuk bekerja sepenuh masa sebagai penyanyi. Namun bagi mereka yang memilih melakukan kerja seni di sini, mereka perlu k menerima hakikat bahawa dunia seni hiburan di sini terlalu kecil untuk dikejar. Kerja seni hiburan kebanyakannya dilakukan umpama pekerjaan sambilan atau hobi sahaja di Singapura. BERITA HARIAN bertemu dengan penyanyi dan bakat muda Singapura yang masing-masing merupakan pemilik perniagaan makanan dan dandanan rambut.



HAIKAL Ali, penyanyi yang kini berusia 29 tahun itu terdahulu memulakan kerjayanya dalam dunia seni suara dengan membuat penampilan sulung besar.



Pada 2016 single 'hit'nya Bertemu Kembali telah memenangi anugerah Lagu Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM).



Berkat anugerah pertama yang dimenangkannya, namanya terus dikenali, lebih-lebih lagi suaranya yang unik dan persis Ariel, penyanyi kumpulan Noah atau Peterpan.



Dengan bakatnya, ramai menjangka beliau akan berhijrah tetapi Haikal memilih kekal di sini.



Selain seni suara dan muzik, Haikal juga mempunyai bakat dalam dandanan rambut kaum Adam.



Namun perjalanannya tidak mudah. Haikal memberitahu Berita Harian, bahawa dua kali kedai gunting rambut yang diusahakan terpaksa ditutup dek kesilapan dalam menjalankan perniagaan dan kurang berpengalaman.



Haikal kini merupakan pemilik bersama kedai gunting rambut The Black Brigades bersama pemuzik dan rakannya, Ki Ziqry. Kata Haikal beliau bersyukur diberi peluang melakukan kedua-dua minatnya, seni suara dan dandanan rambut.



"Ini percubaan ketiga saya dalam perniagaan. Yang pertama dalam bidang gunting rambut tapi masa itu terlalu baru dalam perniagaan sehingga tak dapat bertahan lama. Kedua, perniagaan dalam bidang muzik, di mana saya dan teman cuba menolong pemuzik- pemuzik di kalangan teman teman kami, pun tidak bertahan. Dan inilah perniagaan ketiga saya yang perlahan-lahan semakin stabil, alhamdulillah," kata penyanyi bertubuh kecil itu.



Apabila ditanya tentang perancangannya melancarkan muzik terbaru, beliau berkata: "Setelah melalui dua kegagalan perniagaan, saya bersyukur saja selagi ada pekerjaan. Saya beri perhatian kepada perniagaan sehingga tak ada masa untuk muzik saya, tapi itulah saya akan cuba sedaya upaya siapkan satu hadiah buat peminat yang masih lagi sudi menyokong muzik tempatan," ujar beliau.



Haikal turut berkongsi bahawa dirinya sedang cuba untuk mempercepatkan proses adunan lagu terbarunya dan mahu melancarkan single terbarunya itu seawal Januari tahun hadapan. - HANS ASHRIE DAUD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >