Baru-baru ini, negara digegarkan oleh berita kes kesalahan seksual terhadap dua adik-beradik lelaki bawah umur oleh individu yang menampilkan dirinya sebagai ‘pempengaruh agama’ dan figura bapa penyayang.

Kes itu membuat ramai ibu bapa tersentak dan bimbang.

Perlukah mereka mengajar anak-anak untuk berasa takut terhadap orang lain atau curiga terhadap layanan baik yang diterima?

Bagaimana boleh mereka mengajar si kecil untuk berani mengatakan “tidak” apabila berasa tidak selesa dengan kelakuan tertentu terhadap diri mereka?

Bagaimana pula untuk mengetahui cara sesetengah individu memanipulasikan agama untuk kepentingan sendiri?

Dapatkan jawapan kepada soalan di atas dan pelbagai panduan lain menerusi sesi podcast dan perbincangan langsung berjudul, Didik Anak Kata “Tidak , pada 12 September.

Sesi anjuran Berita Harian (BH) ini akan menampilkan dua anggota panel iaitu Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hayaa Network, Ustazah Liyana Musfirah.

Ia akan dikendalikan oleh moderator bersama, penerbit podcast BH, Cik Natasha Mustafa, dan Koresponden BH, Cik Nur Dhuha Esoof.

Semasa sesi tersebut, peserta juga boleh mendapatkan panduan mengajar anak tentang keselamatan tubuh badan dan panduan membina ruang selamat untuk menggalak anak berkongsi tentang perkara baik dan kurang baik yang berlaku kepada mereka.

Sesi percuma itu akan diadakan dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Auditorium SPH Media di Toa Payoh North.

Imbas kod QR di poster atau lungsuri pautan, https://tinyurl.com/bhdnapodcast untuk mendaftar.