Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dari dunia lakon, Anzalna ceburi pentas fesyen

Nov 29, 2023 | 5:30 AM
REKAAN UNIK: Selebriti Malaysia, Anzalna Nasir, bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Ashraff Zainal, sejak 2015 untuk mencipta koleksi Anzalna Vestiaire yang mencerminkan selera dan gayanya.
REKAAN UNIK: Selebriti Malaysia, Anzalna Nasir, bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Ashraff Zainal, sejak 2015 untuk mencipta koleksi Anzalna Vestiaire yang mencerminkan selera dan gayanya. - Foto INSTAGRAM ANZALNANASIR88

Anzalna Nasir, 35 tahun, nama yang tidak asing lagi dalam dunia selebriti Malaysia, telah mengukuhkan nama dalam fesyen abaya dari Timur Tengah.

Kegilaannya terhadap abaya Dubai telah mencetuskan inspirasi kepada ramai dengan gaya sopan, elegan dan bergaya.

Sebagai seorang ibu dua anak lelaki, Anzalna telah lama memendam impian mewujudkan jenama fesyennya sendiri.

Namun, komitmen kepada keluarga menjadi keutamaan. Ia terpaksa diketepikan bagi memberi tumpuan penuh kepada anak-anaknya, Mohamad Eidrees, empat tahun, dan Mohamad Emirhan, satu tahun.

Menjaga keutamaan keluarga, Anzalna telah menahan diri daripada terlibat dalam projek-projek drama untuk memberi perhatian kepada pertumbuhan anak-anaknya.

Walaupun sibuk dengan tanggungjawab keluarga, Anzalna tidak menyerah untuk melahirkan jenama fesyennya sendiri, @anzalna.vestiaire.

Jenama fesyen itu melambangkan kecintaan beliau terhadap fesyen selepas mengenakan hijab.

Beliau bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Ashraff Zainal, sejak 2015 untuk mencipta koleksi Anzalna Vestiaire yang mencerminkan selera dan gayanya.

“Finally I can wear my own clothing brand (Akhirnya saya dapat menggayakan pakaian jenama sendiri),” ujar Anzalna dengan bangga.

Potongan moden abaya dan inspirasi daripada abaya Dubai menjadi sumber kreativiti bagi Anzalna, memaparkan gaya berhijab yang tetap bergaya.

Abaya yang dihasilkan tidak hanya memperincikan fesyen semata-mata, malah turut mengutamakan kelonggaran, keselesaan semasa solat dan praktikal dalam berwuduk, menepati keperluan hijabista masa kini.

Usaha sama antara Anzalna dengan jenama Les Anggun bagi busana raya ibu dan anak serta usaha menjual tudung merupakan langkah pertamanya dalam perniagaan fesyen.

Dengan peluang bergabung dengan Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik, jenama Anzel Scarf mengukuhkan strategi pemasaran Anzalna.

Meskipun teruja dengan sambutan daripada peminat fesyennya, Anzalna berharap langkah awalnya dalam dunia fesyen itu diterima baik.

Walaupun tercetus angan membuka butik sendiri, Anzalna lebih memberi tumpuan pada memenuhi permintaan peminatnya terlebih dahulu.

Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Anzalna terharu dengan sokongan penuh daripada peminatnya.

Beliau berharap penglibatan dalam fesyen itu akan memberi kesan positif dan diterima ramai.

“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi cita rasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna, yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial beliau.

Doakan semoga langkah awal saya berkongsi cita rasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya.
Anzalna Nasir, dalam satu hantaran di Instagram tentang perniagaannya.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg