Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Deejay stesen Inggeris kian ‘Manja’ dengan tugas hos program Melayu

.
Jun 04, 2023 | 05:30 AM



PADA awalnya, deejay stesen Inggeris 987, Natasha Faisal, yang suka memasak dan berkongsi panduan di media sosial menyangka beliau hanya ditawarkan mengacara segmen Makan Tiub dalam program infohiburan Suria, Manja.


Bagaikan mimpi di siang hari, karyawan penyiaran berusia 28 tahun ini diminta menggalas amanah sebagai salah seorang daripada empat pengacara utama Manja.


Rakan pengacara lain pula terdiri daripada Fatin Amira, Iskandar Shah dan Zhin Sadali.

Sekali gus, peluang yang diberikan kepada Natasha itu membuka pintu rezeki buatnya menerajui program televisyen 100 peratus dalam bahasa Melayu. Teruja dan tidak sabar ibu seorang anak perempuan berusia tiga tahun ini menggilap penguasaan bahasa ibundanya di samping memperkenalkan dirinya kepada penonton setia Suria.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Natasha yang merupakan lulusan komunikasi massa dalam bidang kewartawanan dan perhubungan awam daripada Universiti Murdoch, berkata:

“Saya macam tak percaya dipilih menjadi pengacara musim baru Manja. Ingatkan pada awalnya sebagaimana yang saya perbualkan dengan hos Manja musim sudah, Fadhli Abdullah, saya hanya mahu cuba untuk segmen Makan Tiub sebab saya suka memasak.


“Saya tak sempat pun turun sesi uji bakat sebab kerja syif di radio. Saya hanya kirimkan video pengenalan diri saya dan tawakal. Alhamdulillah, penerbit Manja sukakan video tersebut. Mereka usulkan agar saya menjadi salah seorang pengacara utama.


“Saya macam tak percaya dan ghairah. Betul ke? Memang terperanjat sebab saya muka baru dalam pasaran hiburan masyarakat Melayu berbanding Fatin, Zhin dan Iskandar yang sudah penonton kenali. Mereka dah bina faktor tarikan dengan penonton Melayu. Orang pasti sayang mereka.

“Tertanya-tanya bagaimana penerimaan penonton buat saya? Mampukah mereka menerima saya seadanya?”

Sebelum ini, Natasha pernah diamanahkan mengacarakan program ‘live’ menghitung detik menyambut Tahun Baru iaitu Countdown 2018.


“Apabila masuk tv, keadaannya dah jadi lain. Di radio, orang tak nampak kita. Jadi kita berpakaian sederhana sahaja tanpa dandanan. Berbeza dengan televisyen khususnya program Manja yang memerlukan ketangkasan dan kespontanan berbicara,” jelasnya.


Ditanya bagaimana bidang penyiaran radio menjadi pilihannya, Natasha berkata beliau memang suka berbual dari kecil dan pantang tengok saluran MTV dan penyampaian berita di Suria.

“Ibu saya kata saya ni kalau ‘tak pet pot pet pot’ tak sah. Saya memang gemar menyaksikan deejay MTV seperti Utt berbual lancar dan lincah di televisyen.

“Perangai yang saya anggap ‘gedik’ ialah meniru cara penyampai berita tv berbual dan berkongsi berita. Saya menjadikan Kak Hazlina Halim sebagai idola dan mentor. Suka tengok dia baca berita.

“Awal-awal jadi deejay, memang saya selalu mendapatkan tunjuk ajar Kak Hazlina. Saya banyak bertanya kepadanya tentang selok-belok jadi penyiar radio dan penyampai berita tv. Apabila saya dapat tawaran mengacarakan Manja, rasanya nikmat sebab saya diberi peluang memasuki pasaran Melayu pula.


“Saya agak emosi sebab impian mengacara dalam bahasa ibunda menjadi kenyataan. Saya juga pernah bekerja sambil belajar di Channel News Asia. Tugasan saya ketika itu lebih pada kerja-kerja media sosial. Jiwa saya tetap pada penyiaran program hiburan,” tambah Natasha.

Natasha gemarkan interaksi dua hala antara deejay dan pendengar. Cabaran media tradisional seperti radio begitu dirasakannya.

“Dulu, sewaktu zaman sekolah, ramai yang cepat-cepat nak balik rumah untuk dengar segmen popular di radio, Say It With Music. Sekarang, keadaan jauh beza. Di luar dunia radio, ada dunia media sosial. Hari-hari nak kena isikan Facebook dan Instagram, sesuatu yang saya tidak begitu konsisten lakukan dan ingin terus mencuba memikirkan apa lagi kandungan perlu saya jana,” katanya.


Bakat penyiaran Natasha dikesan setelah memasuki peraduan deejay di pusat beli-belah. Walaupun tidak menang, beliau yang mengajar pertuturan dan drama di peringkat tadika dan sekolah rendah ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan sebelum menjadi deejay sepenuh masa.

Kini, ramai yang mula mengenali namanya kerana keupayaannya berkongsi panduan memasak hidangan mudah, sebagaimana yang boleh dibekalkan buat suaminya, seorang karyawan pemasaran digital, bawa ke pejabat.

“Saya memang suka bereksperimen dengan masakan. Maklumlah, dulu tinggal dengan mak...apabila berdikari, mestilah lebih tanam semangat nak memasak hidangan yang boleh menggembirakan suami.

“Suami jenis yang sederhana cita rasanya. Beliau ingin yang ringkas seperti mi goreng. Saya pula suka masakan bersup yang disajikan masyarakat Cina. Kini, saya sedang bereksperimen memasak pelbagai jenis mi. Saya sukakan mi jenis ‘knife-cut’ kerana teksturnya. Bolehlah cuba masak mi tai mak goreng,” kata Natasha.

“Apa yang saya perlukan kini adalah sokongan keluarga yang utuh. Alhamdulillah, suami saya banyak membantu menjaga anak. Tak pernah rumah berselerak apabila saya pulang bekerja atau bangun tidur.

“Beliau seorang suami penyayang yang merupakan orang pertama yang mengesan iklan mencari deejay baru lantas meminta saya menyertainya. Beliau tahu dari zaman kami bersekolah di mana saya selalu mengacara.

“Lebih membuat saya tersentuh adalah apabila saya tertinggal kasut yang sepatutnya saya gunakan dalam satu sesi bergambar dan suami sanggup hantar kasut itu ke daerah Buona Vista dari rumah kami di Punggol.

“Setiap kali saya balik rumah, beliau teruja bertanya makan apa di set serta bagaimana respons orang terhadap pengacaraan saya, baik bersiaran di radio atau televisyen. Kalau ada skrip untuk dihafal, beliau teman berlatih,” jelas Natasha.

Yakin pada kata orang ‘rezeki tidak pernah salah alamat’, Natasha tidak akan menolak jika suatu ketika ditawarkan berlakon dalam drama Suria pula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >