Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Deepika, Ranveer bakal timang anak pertama pada Sep

Mar 01, 2024 | 06:05 PM



Pasangan bintang filem Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh, mengesahkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada September 2024.

Berita gembira itu dikongsi pasangan selebriti itu menerusi Instagram.

Bagaimanapun, tiada sebarang kapsyen ditulis pada hantaran berkenaan.

Sebaliknya pasangan itu hanya berkongsikan gambar kelengkapan bayi, selain bulan bayi yang bakal dilahirkan dengan emoji tanda kesyukuran.

Sebelum ini, ada khabar angin tentang bintang filem, Bajirao Mastani, itu sedang berbadan dua selepas kemunculan Deepika yang anggun mengenakan sari semasa Anugerah Kesenian Akademi Filem dan Televisyen British (Bafta) pada 19 Februari.


Namun, beliau hanya mendiamkan diri tentang spekulasi berkenaan.

Deepika, 38 tahun, yang berkahwin dengan Ranveer, 39 tahun, pada 14 November 2018 di Lake Como, Italy pernah memberitahu beliau dan suami menyayangi kanak-kanak dan sangat berharap memulakan kehidupan berkeluarga.

Dalam satu temu bual, Deepika pernah memberitahu beliau memang mudah alpa dengan kemasyhuran dan wang dalam industri seni, tetapi tiada siapa yang melayannya seperti selebriti apabila di rumah.

“Saya adalah seorang anak dan kakak. Saya tak mahu berubah, keluarga mengajar saya menjadi seorang yang merendah hati.

“Jadi, saya dan Ranveer akan terus mengekalkan nilai murni ini kepada anak kami,” katanya.

Pasangan itu bercinta selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Mereka berkenalan di lokasi penggambaran filem, Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela, dan selepas itu, sering digandingkan bersama.


Pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan kelima di Belgium pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >