Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Destinasi dengan keindahan hutan, gunung dan pantai

Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Tiga destinasi mampan yang wajar dilawati.

Costa Rica, Amerika Tengah


Sama ada anda sedang mencari hutan hujan yang subur, gunung atau pantai yang menakjubkan, Costa Rica adalah antara tempat yang sesuai. Negara ini merupakan tempat ekopelancongan yang terkenal di dunia dengan pelbagai pilihan penginapan mesra alam dan aktiviti pengembaraan.

Daripada denai semula jadi, landskap hutan dan selam skuba, Costa Rica ialah ‘syurga’ pengembara eko dengan pemandangan gunung berapi yang indah.

Negara ini memberi tumpuan dengan memanfaatkan kehijauan yang luas dan gaya hidup santai sebagai bingkisan pengalaman luar biasa kepada pelancong.

Lebih seperempat daripada Costa Rica merupakan taman negara dengan sumber tenaganya yang boleh diperbaharui. Hidupan liar di Costa Rica termasuk 6 peratus daripada keseluruhan biodiversiti dunia, menjadikan ia tempat luar biasa untuk pencinta biologi.

Jika anda merancang ke Costa Rica, pastikan anda memanfaatkan ‘ecolodge’ (penginapan eko) yang banyak di negara itu.

Di sana, anda akan dapat melibatkan diri dalam dunia semula jadi negara itu sambil menyelaraskan perjalanan anda dengan suasana mampan. Terdapat pilihan mewah dan mesra bajet untuk semua pelancong.

Slovenia, Eropah


Slovenia adalah permata yang tersembunyi, terletak di tengah-tengah Eropah. Jangan ketinggalan melawat Tasik Bled, dikelilingi banjaran gunung yang dilitupi salji.

Slovenia juga menjadi perintis dalam bidang pembangunan pelancongan mampan yang strategik.

Lebih separuh daripada negara itu diliputi hutan, menjadikannya negara kedua terhijau di Eropah selepas Finland.

Slovenia yang terkenal sebagai antara negara paling mampan di dunia juga menawarkan pelbagai jadual perjalanan yang perlahan, atau dikenali sebagai slow travel.


Sama ada anda menikmati padang rumput yang luas, bunga liar di Taman Negara Triglav, mengagumi air terjun dan air yang jernih atau mendaki di Julian Alps, anda boleh berasa seronok melawat destinasi alam semula jadi yang mampan.

Kepulauan Galapagos, Ecuador


Kepulauan Galapagos adalah khazanah keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Di sini, anda akan menemui pelbagai hidupan liar yang luar biasa, daripada singa laut yang suka bermain hingga kura-kura gergasi. Udara dipenuhi dengan bunyi ratusan spesies burung, seperti burung albatros yang ikonik di kepulauan.

Ekopelancongan di Kepulauan Galapagos mewakili contoh cemerlang perjalanan mampan terbaik.

Ia memberi penekanan kuat untuk memelihara ekosistem tempatan, menggalakkan pelancong menyertai amalan pelancongan yang bermakna dan bertanggungjawab.

Dengan mematuhi garis panduan dan peraturan, pengembara berpeluang meneroka landskap pulau sambil meminimumkan kesan alam sekitar mereka.

Dengan berjalan-jalan dalam sekitaran alam semula jadi di sini, ekopelancongan di Kepulauan Galapagos membolehkan pelawat menghargai dan melindungi tapak Warisan Dunia UNESCO yang luar biasa ini untuk tahun-tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >