Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Di sebalik pintu merah berpuaka...

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Francais filem Insidious tidak seperti filem lain yang membentangkan kisah rumah berhantu atau kerasukan.


Kesemua filem di dalam francais ini berkait rapat dengan konsep dunia ghaib yang dipanggil ‘The Further’.

Justeru, roh ‘The Further’ ini tidak menghantui rumah tetapi manusia sehingga ke titik akhirnya.

Sejak 2010, Insidious kekal relevan sebagai cerita seram yang digemari ramai.


Ada yang tertarik dengan cerita keluarga yang terkena sumpahan. Kebanyakan pelakon filem ini popular selepas terlibat dalam filem seram ini.

Sejauh ini, empat filem di bawah francais ini sudah diusahakan – Insidious, Insidious: Chapter 2, Insidious: Chapter 3 dan Insidious: The Last Key.


Selain mengejutkan penonton tanpa henti, Insidious adalah filem seram yang bergerak pantas. Tiada masa untuk anda menguap sepanjang menonton filem ini.


Pasti ada masa anda terpekik atau melonjak dari kerusi anda dek roh dan hantu yang muncul secara mengejut dalam filem.

Sudah lima tahun berlalu sejak filem Insidious yang sudah. Anda bakal dikejutkan dengan filem terkini Insidious: The Red Door yang mengetengahkan Patrick Wilson selaku pengarah dan pelakon sekali gus. Ini filem pertama arahan Wilson.


Apakah yang anda perlu tahu tentang filem baru ini yang akan menemui penonton Singapura pada 6 Julai?

Ini adalah filem terakhir dalam francais filem Insidious.


Keluarga asal yang diketengahkan dalam tiga filem pertama Insidious kembali lagi dalam saga menakutkan ini.


Sebelum ini, dalam filem terdahulu, mereka langsung tiada. Keluarga Lambert berusaha menenangkan roh yang mengganggu mereka.

Josh (lakonan Wilson) dan anak remajanya Dalton (Ty Simpkins) harus menggali lebih dalam tentang siapakah The Further ini. Tidak mudah menerima hakikat kisah silam keluarga Lambert yang hitam dengan lebih banyak pengalaman penuh misteri bakal dilalui di balik pintu rumah merah berpuaka dalam rumah mereka itu.

Filem terdahulu, Insidious: The Last Key banyak mengisahkan tentang watak baru Elise yang kembali mengingati zaman kanak-kanaknya yang penuh trauma. Membunuh hantu jembalang yang mengganggu keluarganya menjadi misi Elise.


Filem terakhir membabitkan kisah pintu merah berhantu pula mengimbas balik kisah keluarga Lambert yang perlu bertarung nyawa dan untuk memasuki ‘zon ghaib’ The Further bagi menyelamatkan nyawa yang ingin dikorbankan.

Sebelum Insidious: The Red Door dipilih sebagai judul filem ini, pihak penerbitan awalnya ingin memberi tajuk Insidious: Fear the Dark. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >