Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Di sebalik tarikan Resorts World One

Dec 29, 2024 | 5:30 AM
Sempena pelayaran sulung dari Dubai, kapal persiaran Resorts World One mempamerkan beberapa siri persembahan yang menarik dan penuh aksi.
Sempena pelayaran sulung dari Dubai, kapal persiaran Resorts World One mempamerkan beberapa siri persembahan yang menarik dan penuh aksi. - Foto RESORTS WORLD CRUISES

Kapal persiaran mewah, Resorts World One, yang baru sahaja memulakan pelayaran sulungnya ke rantau Teluk pada 1 November, menawarkan pengalaman pelayaran luar biasa dengan pelbagai kegiatan dan lawatan ke destinasi-destinasi menarik di Dubai dan Oman.

Kapal itu dibina pada 1999 dan direka untuk menampung lebih 1,800 penumpang. Dengan panjang sekitar 268 meter dan 13 tingkat, kapal itu dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia, menjadikannya pilihan baik untuk pelancong yang ingin menggabungkan gaya hidup mewah dengan pengembaraan laut.

Di atas kapal, Resorts World One menawarkan pelbagai kegiatan untuk semua peringkat umur. Penumpang boleh menikmati kolam renang, pusat kecergasan, spa mewah, dan pelbagai restoran yang menyajikan masakan antarabangsa.

Kesemua makanan dihidang di restoran di atas kapal adalah halal. Antara restoran yang tersedia ialah Blue Lagoon (masakan Asia), Mozzarella Ristorante & Pizzeria (masakan Italy), Seafood Grill (masakan Barat), Uma Uma (masakan Jepun), Silk Road (masakan Cina dengan pengaruh Barat dan Arab), dan The Lido Buffet (pelbagai jenis hidangan).

Terdapat juga program hiburan seperti persembahan langsung dan kegiatan untuk kanak-kanak seperti permainan arked dan taman permainan.

Bagi pencinta membeli-belah, terdapat butik bebas cukai yang menawarkan pelbagai jenama mewah. Selain itu, Resorts World One menyediakan kemudahan seperti bilik persidangan untuk penumpang korporat yang ingin menggabungkan kerja dan percutian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg