Menaiki penerbangan yang memakan masa berjam-jam lamanya adalah perkara yang saya hindari buat sementara waktu ini sejak bergelar ibu dua anak kecil di bawah usia tiga tahun gara-gara risau mereka meragam.

Justeru, baru-baru ini tatkala diberi peluang membawa dua putera cilik saya bersama untuk percutian dalam kapal persiaran, tanpa ragu-ragu saya bersetuju kerana yakin ia peluang baik untuk bersantai bersama keluarga kecil saya.